Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah wa syukrulillah.. kenikmatan islam terus terasa, Kehebatan Islam terus dipersembahkan di padang dunia, Menjadi lambang keagungan, keadilan, kehebatan Sang Pencipta..
Anda minat bola? Laghah?!! Sabar.. anda lihat, anda nilai, anda tentukan. Menjadi kegilaan ketika ini dengan ‘demam bola sepak’. Memang tidak dapat disangkal, peminatnya bukan sahaja warga muda, malah yang tua dan budak hingusan pun pasti melayan. Kalau di tempat saya, daripada sebesar warung sehingga sekecil-kecil warung masing-masing sibuk pasang skrin besar untuk attract lebih ramai customer. Hahaha.. Masing-masing datang dengan dengan berpakaian lengkap jersi dan mindset bahawa pasukan pilihan mereka akan menang, dan sekiranya kalah.. menjadi ketidakpuashatian pasti meletus(betul ke ayat ni). Buat masa ini anda sokong mana? Masih istiqamah dengan pilihan pasukan yang telah kalah? Bukan persoalan ini menjadi titik utama penulisan saya sebenarnya.
Berfikir sejenak, Australia, England dan Argentina merupakan beberapa buah Negara yang mempunyai barisan pemain bola sepak antarabangsa yang hebat, tetapi apa perkaitan dengan ketiga-tiga Negara ini? Kalau anda minat Jerman, persoalan pasti terjawab. Sudah pasti mereka merupakan pasukan yang telah tersingkir buat masa ini serta telah dikalahkan oleh Jerman. Sabar, bukan bermaksud saya mengeluarkan statement ini maka saya fanatik pasukan itu. Mari taaruf pemain yang sibuk dibual kini, Mesut Ozil, player Jerman yang kini disebut-sebut namanya merupakan seorang anak muda keturunan Turki yang sangat berbakat dalam permainan sepak bola. Beliau baru berumur 21 tahun tetapi mempunyai bakat yang besar. Tetapi apa lagi besar? Adakah bakat semata-mata? Sudah tentu kekuasaan Allah SAW. Allah yang mencipta manusia, memberi bakat semulajadi, serta menggerakkan hati dan memberi hidayah.
Siapa sebenarnya Ozil? Kita taaruf lagi.. Pada tahun lalu, Ozil telah membantu menjulang Jerman apabila menjaringkan satu gol dan memberi lorongan untuk dua gol lain perlawanan akhir Kejohanan Bawah 21 UEFA, menewaskan England yang dibimbing, Stuart Pearce, 4-0. Ozil juga mewakili skuad B17, B19 dan B21 Jerman. Piala Dunia 2010 sekali lagi menyaksikan kehebatan Ozil apabila meranapkan impian England untuk memasuki pusingan suku akhir. Walaupun, bersedih menerima berita buruk mengenai kematian nenek tersayang di Hospital Bandar Bolu, Turki, beberapa hari sebelum perlawanan menentang England, ia tidak menjadi penghalang bagi anak muda itu melakar aksi cemerlang. Dengan gerakan-gerakan menarik dan larian pantas pertahanan skuad bimbingan Fabio Capello tidak dapat menandingi keupayaan Ozil. England terpaksa akur dengan kepantasan skuad muda Jerman apabila tewas 4-1 sekali gus menyaksikan mereka sekali lagi berputih mata meneruskan perjuangan dalam Piala Dunia kali ini. Kemudian, kemenangan keatas Argentina pada pusingan suku akhir sekali gus mencerahkan peluang menjulang Piala Dunia 2010. Ketangkasan Ozil telah menarik perhatian kelab ternama dunia untuk menyarungkan jersi mereka seperti Barcelona, Arsenal, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Aston Villa dan banyak lagi.
Dan apakah yang hebat lagi tentang Ozil?? Ternyata dia ISLAM!!! Dalam setiap sebelum perlawanan bermula, Ozil akan mengisi masanya dengan membaca kitab suci Al-Quran. Oh, indah bukan? Allahuakhbar. Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa terdapat ramai lagi pemain-pemain bola sepak yang hebat dan beragama islam. Sifat terpujinya kita boleh ambil, kemenangan di dunia bersifat sementara, sedangkan kemenangan yang hakiki ialah apabila tiba di akhirat kelak.
Ibrahim Afellay menjadi salah satu pemain yang dianggap berbakat dalam pasukan Belanda. Permainannya telah matang bersama PSV Eindhoven, bahkan mendapatkan penghargaan Eredivisie sebagai pemain terbaik 2007/08. Ibrahim Afellay terpilih sebagai "Moslim van het jaar" atau Muslim Tauladan di Belanda.
Sulley Muntari merupakan muslim yang taat,dia tetap menjalankan puasa saat kompetisi seria-A berlangsung. Setelah dia mencetak gol ke gawang, Sulley Muntari segera sujud sebagai wujud rasa syukur; hal ini membuat banyak muslim Italia memujinya. Begitu juga ketika dia melakukan selebrasi dengan membuat huruf “C” di jarinya. Ada yang mengatakan itu inisial pacarnya, ada juga yang menyebutnya sebagai simbol bulan sabit yang identik dengan Islam. Henry kerap mendorong agar setiap orang membaca al-Quran dan membaca lebih banyak lagi tentang agama Islam agar lebih mengenal agama.
Salah satu Muslim di Skuad Jerman ini adalah warga keturunan Tunisia. Franck Ribery memeluk Islam setelah bermain di klub asal Turki, Galatasaray, pada 2005.Sebelum masuk padang, dia selalu berdoa. Isterinya seorang muslimah dan memiliki dua orang puteri, Hiziya dan Shahin. Ia pernah mengatakan, “Islamlah yang memberikan saya kekuatan dalam dan luar padang”.
Sahabat, mereka adalah antara pemain hebat yang telah masuk islam dan sebenarnya masih ramai lagi seperti Nicholas Anelka, Nasri, Zinadine Zidane dan lain-lain. Mengapa tidak kita mencontohi mereka? menjadikan Agama Islam sebagai pasak dalam hati untuk saling mendambakan keredhaan Allah. Terus bersama saya? Aiwa!
No comments:
Post a Comment