Welcome to my blog!

~Great Minds talk about ideas, Average Minds talk about events, Small Minds talk about people~

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Matahari & Bulan ~ Solat Sunat

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ  ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.



 Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.


Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا  لا  ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”


   Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian.

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i.         Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii.       Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari (syuruk).

*        Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

 
ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i.  Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi  tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

~Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
~Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana   bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
~Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Secara umumnya bila pertembungan berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i.     Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii.     Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii.      Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


Sumber:
http://www.lingkudau.net

Friday, September 23, 2011

~Ujian~

Oleh: Hakeem Zain
Sekolah. Ujian. Naik kelas.
Kuliah. Ujian. Naik tingkat.
Hidup. Ujian. Penghapusan dosa. Peningkatan derajat.

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan 'Kami telah beriman', sedang mereka belum diuji?" (QS Al Ankabuut : 2)

Ujian. Kadang datang bagaikan palu godam yang menghantam. Kadang berupa beban menggayut di pundak. Kadang pula serasa menekan menyesakkan dada. Dunia gelap. Cahaya redup berpendar-pendar.
Kala ujian datang, rasanya diri tak sanggup menanggungnya. Menolehlah ke sekitar. Lihatlah, ada jiwa lain yang diuji olehNya. Dan ia tegar. Padahal, Masya Allah, tampaknya ujiannya begitu berat. Melihat ke ujian sendiri ternyata bagai debu saja.

Allah memang Maha Tahu. DiberiNya cobaan, diberiNya pula kekuatan. Semua sesuai kapasitas. Menolehlah. Setiap jiwa mendapat soal ujian. Dan setiap jiwa telah disediakan jawaban. Hanya, sudahkah menggali dan mencari jawaban-jawaban dariNya.

Sekolah, bukanlah sekolah jika tanpa ujian. Begitu pula hidup, sebuah sekolah abadi.

Ujian, sebuah pengharapan. Terhapusnya dosa atau naiknya derajat di mataNya.

Thursday, August 18, 2011

Untukmu Suami

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.,
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Gambar sekadar hiasan



sumber: iluvislam.com

Wednesday, August 17, 2011

Lakukan Solat Dengan Tenang


Rasulullah s.a.w. pernah menegur seorang sahabat yang melakukan solat secara gopoh-gapah dan beginda menyuruhnya untuk mengulangi solat.

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata:
Bahawa Nabi s.a.w masuk masjid dan masuk pula seorang lelaki lalu melakukan solat. Kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi s.a.w.. Nabi s.a.w. membalas salamnya lalu bersabda: “Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat.” Maka dia pun solat sekali lagi. Kemudian dia datang lagi dan memberi salam kepada Nabi s.a.w., maka baginda bersabda: “Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat (tiga kali).” Lelaki itu berkata: “Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak dapat melakukan yang lebih baik dari itu, maka ajarkanlah aku.”


 
Baginda s.a.w. bersabda:
“Apabila engkau berdiri untuk solat maka takbirlah, kemudian bacalah yang mudah bagimu dari al-Qur’an. Kemudian rukuklah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam rukuk, kemudian bangkitlah (iktidal) hingga engkau tegak (lurus) berdiri.Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam sujud, lalu bangkitlah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam duduk (duduk antara dua sujud). Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thumakninah) dalam sujud. Lakukan demikian dalam semua solatmu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, no. 793.

Wednesday, July 13, 2011

Nifsu Syaaban

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Pada malam nisfu sya’baan setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:

"Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya." - Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad s.a.w. (Sumber: Soleh.net )

Justeru, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Doa Nisfu Syaaban(sumber: Ibnu Sofar )


Tuesday, July 12, 2011

Tips Mengendalikan Kolesterol



KOLESTEROL

Dalam tubuh terdapat lemak terdiri dari kolesterol jahat yang biasa disebut LDL (Low Density Lipoprotein) dimana lemak ini dapat menempel pada pembuluh darah. Sedangkan kolesterol baik yang dikenal dengan HDL (High Density Lipoprotein) merupakan lemak yang dapat melarutkan kandungan LDL dalam tubuh. Kolesterol normal dalam tubuh adalah 160-200 mg, maka penumpukan kandungan LDL harus dicegah agar tetap dalam keadaan normal.

Berikut ini beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk mengendalikan kolesterol anda:

Diet
Konsumsi makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Misalnya dengan mengkonsumsi susu tanpa lemak dan mengurangi konsumsi daging. Pilihlah makanan dengan kandungan lemak tak jenuh daripada kandungan lemak jenuh. Minyak yang digunakan untuk menggoreng secara berulang-ulang dapat meningkatkan kadar kolesterol, maka ada baiknya Anda mengurangi konsumsi makanan yang digoreng.

Konsumsi makanan berserat
Lebih banyak mengkonsumsi makanan berserat seperti gandum, kacang-kacangan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jenis makanan ini dapat menyerap kolesterol yang ada dalam darah dan mengeluarkannya dari tubuh.

Konsumsi antioksidan
Antioksidan banyak terdapat dalam buah-buahan seperti jeruk, strawbery, pepaya, wortel, atau labu. Mengkonsumsi bawang putih secara teratur juga dapat menurunkan kadar kolesterol.

Hindari alkohol dan merokok
Dengan merokok atau mengkonsumsi alkohol, kolesterol akan mudah menumpuk dalam aliran darah.

Olahraga
Berolahraga secara teratur sesuai dengan umur dan kemampuan. Jaga agar berat tubuh Anda tetap ideal.



Sumber: sehat-enak.blogspot.com

Sunday, July 10, 2011

Ayat Pendinding dari segala penyakit dan Sakit Kepala

Assalamualaikum.. :-)

Di sini saya nak perturunkan sedikit ilmu tapi BESAR khasiatnya untuk amalan kita bersama. Yang selalu sakit kepala tu, amalkan Surah Al-Waqiah, ayat 19. InsyaAllah, cepat sembuh. Jom layan video ni! ;-)

Monday, April 18, 2011

~Doubt~

No one is immune to doubt. It can and does happen to us all. You've just got to know how to handle it when it comes......


~Prasangka~

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik… ada sangkaan buruk

Orang beribadah, disangka riak
Orang yg relax, disangka malas
Orang yg pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yg pakai baju buruk, disangka zuhud dan hina
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut

Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong atau tidak suka
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka lupa diri
Orang menegur, menasihat yg benar, pun disangka buruk sangka

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kpd Allah atau menarik diri
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu cergas cerdasnya
Mana tahu yang menegur, menasihat itu jujur dan ikhlas nawaitunya…

 

Monday, April 4, 2011

~Hak Anak-Anak: Jangan Terlepas Pandang~

Tajuk asal: Hak Kanak-Kanak Dalam Islam (2007)
Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali
Timbalan Presiden ABIM

Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia. Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.

Menurut ahli Psikologi, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama iaitu sejak ia lahir hingga berusia 18 tahun atau 20 tahun. Peringkat kedua iaitu berusia 20 tahun sehingga meninggal dunia. Pada peringkat pertama tadi, ia terbahagi kepada tiga bahagian iantu sejak lahir sehingga menjangkau umur 6 tahun, ketika berusia 6 tahun sehingga berusia 13 tahun manakala bahagian ketiga ketika berusia 13 tahun sehingga berusia 18 atau 20 tahun.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada makanan dan minuman.Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa. Menurut ahli psikologi, kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama iaitu:

Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,ia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.

Kedua: Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka ia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping itu,kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.

Ketiga: Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.

Hak kanak-kanak sebelum dilahirkan

Antara keistimewaan syariat islam ialah ia telah menggariskan hak kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu dilahirkan di dunia ini lagi.Antara hak-hak tersebut ialah:

1. Ikatan perkahwinan suami isteri yang sah.Islam melarang keras perhubungan diantara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan perkahwinan yag sah.Adalah menjadi hak kanak-kanak supaya ikatan ibubapanya merupakan ikatan yang sah dari segi syarak supaya keturunannya terpelihara.

2. Akidah ibubapa yang sama. Islam melarang seseorang muslim berkahwin dengan orang kafir kecuali ia memeluk agama islam. Seseorang lelaki yang hendak berkahwin hendaklah mencari perempuan yang solehah. Saidina Umar r.a pernah ditanya ; hendaklah seorang bapa memilih isterinya yang solehah, hendaklah menamakan anak-anaknya dengan nama yang baik dan hendaklah ia mengajarkan al-Quran.

3. Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan. Dalam masyarakat Jahiliah dahulu mereka membunuh kanak-kanak perempuan kerana menganggap ia boleh membawa malapetaka kepada keluarga. Oleh demikian semasa kedatangan Islam, Islam telah membawa sinar baru dalam kehidupan wanita serta mengangkat martabat mereka. Islam juga melarang membunuh kanak-kanak disebabkan takut kepada kemiskinan. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana khuatirkan kealpaan dan kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka itu adalah satu dosa yang besar."

4. Ibubapa perlu menyediakan persiapan untuk kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Ibubapa hendaklah bersedia untuk mendidik anak-anak tersebut sehingga besar dengan didikan nilai-nilai murni dan mulia. Persiapan ini termasuk dari segi material dan kerohanian.

Hak kanak-kanak selepas lahir ke dunia

1. Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaik sahaja ia lahir ke dunia .Antara rahsia dan hikmah azan ini ialah supaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah kalimat tauhid, kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah ,mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari Abu Rafie bahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah. Di samping itu juga ia bertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan bersedia menggodanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat memudharatkan.”

2. Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah. Tahnik bayi bererti menggosok-gosok langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yang telah dilecek atau dimamah supaya lembut. Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya sentiasa dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiri daripada orang yang soleh dan bertaqwa.

3. Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang ketujuh dari kelahiran bayi. Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah. Akikah ialah kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran bayi. Bagi kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing manakala kanak-kanak perempuan satu ekor kambing.Walaubagaimanapun harus menyembelih seekor sahaja untuk anak lelaki kerana Rasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan seekor untuk Husain.

4. Memberi nama yang baik. Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada anaknya .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh bapa tiga perkara: mengelokkan namanya bila ia lahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh".

Para ulama menyebutkan bahawa harus menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih baik maknanya. Pada hari qiamat nanti semua manusia akan dipanggil dengan nama-namanya di dunia ini.

5. Hak Menyusu. Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama dalam dua tahun pertama.Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan ibu itu wajib menyusui anak-anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan tersebut".(Al-baqarah 233)

6. Mengkhatannya. Berkhatan adalah satu amalan fitrah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Amalan fitrah ada lima perkara: mencukur bulu ari-ari, berkhatan, mengunting misai, mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku. Menurut para ulama hokum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:

i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.

ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.

iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil 10.hal 340)

Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan. Mereka berdalilkan bahawa ia adalah "millah Abina Ibrahim"(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan. Bagi kanak-kanak perempuan ,khatan ini dikenali sebagai "khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atas faraj. Mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita. Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.

Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan

Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh. Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal. Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka. Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak. Antaranya ialah:

i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.

Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.

ii. Mengajar cara-cara sembahyang

Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi. Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :

"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”

iii. Mengajar ilmu pengetahuan

Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup. Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.

iv. Mengajar al-Quran

Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :

"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."

v. Mendidik mengenali kejadian ala mini

Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibar daripadanya. Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.

vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.

Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur, ikhlas, menghormati orang tua, menunaikan haji, bercakap benar, beradab ketika makan dan minum, memilih makanan yang halal, suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf, sentiasa mencari kebenaran dan keadilan, benci sifat keji, kezaliman dan kerosakan harta benda. Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu. Selain dari itu, ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.

Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".

Hukum Penggunaan Tabung Uji

Penggunaan tabung uji bermaksud melakukan proses persenyawaan air mani lelaki ke dalam rahim perempuan bukan dengan cara hubungan jenis. Para ulama berpendapat seperti berikut:

1. Jika penggunaan tabung uji ini berlaku antara suami dengan isteri yang sah maka adalah harus dan jika berlaku selain dari suaminya maka adalah haram sama ada ia bersetuju atau tidak.

2. Jika air mani suami isteri itu diletakkan ke dalam rahim perempuan yang lain, maka adalah haram juga kerana bercampur nasab sama ada hendak dinasabkan kepada suami isteri tersebut atau kepada orang yang mengandungkannya.(ibu tumpang)

Hukum menggugurkan kandungan Janin.

Para ulama golongan shafie telah bersepakat bahawa peguguran kandungan janin adalah diharamkan apabila janin itu telah ditiupkan roh iaitu selepas 120 hari atau lebih dari 4 bulan.J ika sebelum ditiupkan roh,maka terdapat dua pandapat ulama iaitu: pendapat pertama menyebutkan bahawa haran sejak percampuran air mani lelaki dan perempuan sama ada sebelum ditiupkan roh atau selepasnya. Sementara pendapat kedua menyebutkan bahawa harus sebelum ditiupkan roh dan haram secara mutlak selepas ditiupkan roh.(Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin oleh Zabidi,jil 6,hal 188 dan Ihya'Ulmuddin oleh Imam al-Ghazali,jil. 2 hal. 47)

Imam al-Ramli membuat kesimpulan di dalam kitabnya "Nihayatul Muhtaj" selepas mengambil pendapat Imam al-Ghazali yang mengharamkan pengguguran kandungan dengan menyatakan bahawa pendapat yang rajah (yang paling sesuai ) ialah haram secara mutlak selepas ditiupkan roh dan harus sebelum itu.(Nihayul Muhtaj oleh Imam al-Ramli ,jil.8,hal.416.Dipetik dari kitab Darurat fi Syariat Islamiyyah oleh Mahmud Muhammad Abdul Aziz,hal.172)

Penulis bersetuju dengan pandangan diatas dan harus menggugurkan kandungan tersebut selepas 4 bulan sekiranya janin tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang mengandungkannya dan perkara ini mesti disahkan oleh doctor yang berwibawa dan dipercayai kebenarannya.

Ibu juga bertanggungjawab memelihara janinnya dari keguguran dan diharuskannya berbuka puasa jika dikhuatirkan boleh membawa mudarat terhadap diri dan janinnya. Islam juga tidak membenarkan melakukan qisas (hukuman bunuh) dan lain-lain hukuman dalam keadaan seseorang ibu yang mengandung. Jika ibu tersebut itu mati sementara janinnya itu hidup, maka harus dikeluarkan janin tersebut.

Anak Yatim

Anak yatim adalah anak yang kematian ibubapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh atau anak yang kematian bapanya sebelum ia menjangkau umur baligh. Islam mewasiatkan kepada umat manusia supaya melakukan hubungan baik dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pengajaran ynag rapi serta memberi hak-hak mereka. Firman allah SWT yang bermaksud:

"Oleh sebab itu ,maka anak yatim janganlah kamu hinakan."(al-Dhuha 9)" Tahukah engkau orang yang mendustakan agama? Iaitu orang yang menengking anak yatim."(al-Ma'un 1-2).

Islam juga menegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Nisa' ayat 6.

Kesimpulan

Peranan masyarakat amat penting dalam mendidik kanak-kanak supaya mencorak masa depan mereka. Mereka merupakan aset yang terpenting demi kesinambungan generasi kini. Gejala-gejala yang berlaku seperti penderaan kanak-kanak, lari dari rumah, gadis belasan tahun dijadikan pelacur, kanak-kanak terpaksa menjadi tenaga buruh dan seks bebas dikalangan remaja harus dibendung dengan segera. Ia memerlukan kepada peranan seluruh masyarakat, badan-badan sukarelawan, badan-badan dakwah, pertubuhan-pertubuhan NGO dan pihak pemerintah bagi mengatasi perkara ini.

Untuk mengatasi masalah ini disarankan:

1. Memberi kefahaman kepada ibubapa mengenai pentingnya pendidikan agama dalam institusi keluarga dengan memupuk nilai-nilai murni dan sejagat.

2. Badan-badan dakwah dan sukarelawan, pertubuhan-pertubuhan NGO harus mempergiatkan aktiviti bersama para remaja dengan memberi panduan dalam membina masa depan mereka.

3. Seluruh masyarakat seharusnya bermuafakat bagi membentuk auasana harmonis,kasih sayang dan aktif dalam proses pembinaan diri kanak-kanak.

Kita merasa hairan kepada orang yang ingin memperjuangkan hak kanak-kanak tetapi mereka menghalalkan "hubungan perzinaan" kerana untuk melahirkan kanak-kanak yang mantap seharusnya bermula dari ikatan perkahwinan yang sah. Begitu juga institusi kekeluargaan yang kukuh merupakan amanah dari Allah Yang Maha Kuasa dan anak yang soleh itu akan memberi kebahagiaan untuk ibubapanya di dunia dan di akhirat. Di negara umat Islam terdapat kanak-kanak yang buta huruf, menjadi buruh kasar dan tidak ada perlindungan yang khas bagi mereka. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memastikan kesinambungan kekuatan zuriat-zuriat mereka dalam menempuh alaf baru.

Sunday, April 3, 2011

~Tentang Perkahwinan~

Salam,

Tengah sibuk dgn anak2 buah skrg ni....jadi consultant x berbayar....:) yang lelaki sibuk nak p meminang....yg perempuan sibuk bersiap nak bertunang. Semoga semua berjalan dengan lancar wahai anak2 saudara ku....zai, afrah dan wan... :)
Artikel ni khas untuk kamu semua. Ada masa baca2lah yer....ceduk2 dari internet...sebagai garispanduan jer.... ;)

Adab Majlis Perkahwinan Melayu

Menurut adat resam orang Melayu, majlis perkahwinan sepatutnya diambil berat sepenuhnya. Bagi orang Melayu, majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting, bersejarah dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.

Di antara adat-adat yang berkait rapat dengan perkahwinan termasuklah aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majllis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam, dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.

Pada zaman dahulu, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka.

Adab Meminang

Dalam zaman moden ini, adakalanya adat resam diabaikan. Ini termasuklah dalam soal adat meminang. Adat meminang boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Merisik dan Meminang.

Apabila hati seorang teruna telah berkenan pada seorang dara, biasanya dia akan menghantar wakil untuk merisik bagi menentukan sama ada si dara telah berpunya atau belum. Kadang kala semasa merisik, wakil teruna akan menyerahkan sebentuk cincin tanya. Jika pihak dara bersetuju, mereka akan menetapkan tarikh untuk masuk meminang dan seterusnya bertunang.

Apabila hari yang ditetapkan tiba, wakil teruna akan masuk meminang secara rasmi. Biasanya pihak teruna akan membawa bersama hadiah beberapa dulang hantaran termasuk sebentuk cincin atau sebagainya. Pada ketika ini, kedua-dua wakil akan menetapkan tarikh ijab kabul dan persandingan mengikut kesesuaian kedua belah pihak.

Namun kini, hanya adat masuk meminang sahaja yang masih diamalkan. Pada zaman teknologi maklumat ini, biasanya kedua-dua teruna dara telah berkenalan terlebih dahulu. Jadi adat merisik khabar dirasakan tidak perlu lagi. Tambahan pula ini dapat menjimatkan kos dan masa. Namun bagi sesetengah pasangan yang inginkan cara yang lebih tertib dan menyeronokkan, mereka lebih gemar mengikut adat. Sesuatu yang perlu diingat apabila anda ingin mendirikan rumahtangga ialah jangan sesekali membelakangkan ibu bapa. Mintalah pendapat dan nasihat mereka kerana restu orang tua ada hikmatnya.

Hantaran

Hantaran tidak wujud di dalam Islam. Lebih-lebih lagi barang yang digubah menjadi itik, angsa, burung dan pelbagai bentuk binatang. Ini unsur-unsur syirik yang tidak sepatutnya diamalkan oleh umat Islam. Sekiranya ingin memberi barang dengan niat ikhlas kepada bakal isteri, seeloknya diserahkan lebih awal iaitu sebelum dijalankan akad nikah. Tidak dengan beradat dulang apatah lagi dulang emas atau perak yang dilarang Islam kerana bejana (barangan atau perhiasan rumah) emas dan perak, haram umat Islam menggunakannya.

Tambahan pula budaya hantaran hanya akan mendatangkan kesan yang buruk jika berlaku perselisihan faham. Sekiranya hantaran diberi sebelum bernikah andai pihak gadis memutuskan perhubungan adat menetapkan pihak lelaki boleh menuntut ganti rugi dua kali ganda hantaran yang diberikan kepada bakal isteri. Ini hanya akan membebankan keluarga gadis itu. (Tetapi, jika kita yakin ia tidak akan memudharat kedua-dua pihak, teruskan saja)

Peminangan & Pertunangan

Peminangan dari sudut Islam dilakukan dengan tujuan untuk:

Mengenali sifat lelaki yang baik seperti yang dinyatakan di dalam Riwayat At-Tarmizi dan An-Nassaei;

"Sesempurna orang lelaki yang beriman, keimanannya ialah mereka yang berbudi baik dan berhemah lembut terhadap keluarganya."

Untuk mengenali wanita yang salih seperti yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nisa' ayat 34;

"Maka wanita yang salihin itu ialah yang taat serta tetap memelihara diri di kala ketiadaan suami dengan cara yang diajarkan oleh Allah."

Mencari isteri yang manis rupanya seperti dinyatakan Hadis Nabi di dalam Riwayat Ibnu Hibban menyatakan;

Sebaik-baik wanita ialah yang cantik, manis rupanya dan murah pula mas kahwinnya.

Untuk tidak melambat-lambatkan pernikahan sekiranya kedua pasangan sudah suka antara satu sama lain. Dinyatakan dalam Riwayat Al-Baihaqie;

"Tiga perkara yang tidak dapat ditangguh-tangguhkan lagi ialah solat bila tiba waktunya, jenazah yang sudah tiba dan wanita bila diperolehi sekufu (sesuai) dinikahi.

Namun apa yang sering berlaku ketika proses peminangan;

1. Apabila lelaki datang meminang, maka yang ditanya ibu bapa perempuan ialah kerja, pendapatan, pangkat, kereta serta harta bendanya sehingga memperlihatkan bukan ciri-ciri lelaki terbaik yang dipilih sebaliknya kebendaan.

2. Bila diterima, akan ditetapkan belanja hantaran yang memberatkan dan menjadi kemegahan sekiranya hantaran mahal bersama serba satu pakaian dan perhiasan. Dibincangkan tempoh untuk melangsungkan pernikahan. Jarang menyegerakan pernikahan sebaliknya ditangguhkan sehingga dua atau tiga tahun. Kesannya memberi peluang pasangan bergaul bebas, meminta dibelikan pakaian, perbelanjaan dan sebagainya kerana pada anggapan mereka bertunang seolah-olah sudah menjadi hak tidak rasmi.

Pernikahan

Sebaik-baiknya biarlah majlis akad nikah dilakukan di dalam masjid atau surau kerana tempat ini luas, terpelihara daripada perhiasan-perhiasan gambar atau patung yang membawa kepada unsur-unsur syirik. Selain daripada itu memudahkan lelaki untuk melakukan solat sunat nikah dan sujud syukur setelah diakad nikah dan mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan. (Sekarang lebih elok buat di rumah)

 Amat mustahak calon isteri menyaksikan upacara pernikahan iaitu bersama-sama mendengar doa, takliq dan nasihat-nasihat kadi yang menikahkan. Manakala selepas upacara pernikahan seeloknya diiringi dengan majlis-majlis keagamaan seperti majlis khatam Al-Quran dan majlis berzanji bukan muzik, hiburan pancaragam atau tari-menari.

Serba Satu Putih Berdiri

Perkahwinan dalam adat istiadat Melayu suatu upacara panjang lebar yang penuh dengan adat istiadat. Walau sehari tidak ketemu dirasakan bagai setahun, namun adat diketepi jangan. Untuk memiliki si jantung hati harus datang beradat. Setiap hasrat disampaikan dalam jalur kesopanan. Bunga yang kembang mekar hendaklah ditilik dirisik terlebih dahulu. Apabila sah belum disunting maka bertandangkan rombongan merisik.

"Datang kami datang berhajat ingin memetik bunga di taman." Maka disambut si tuan rumah," Kalau kena dengan cara suntingan, kecil tapak tangan nyiru kami ditadahkan." Setelah pinangan diterima menyusul adat hantar tanda. Ibarat pepatah orang tua-tua "kerbau ditambat dengan tali, janji diikat dengan tanda." Justeru wajarlah sebentuk cincin pengikat kata." Lantas dihulurkan sebutir cincin belah rotan atau bertatah intan atau berlian.

Bagaimanapun sebelum itu dirundingkan segala hal-hal bersangkut-paut dengan hantaran; berapa mas kahwin yanng dikehendaki? Berapa belanja hangus. Apakah barang-barang yang dikehendaki waris si dara? Adakah hantaran ini mahu dibawa pada hari pertunangan atau langsung atau sebahagian pada hari bertunang dan bakinya pada hari pernikahan? Semuanya harus diputuskan sebelum menjelang hari pertunangan.

Membuka tabir budi bicara, berkatalah wakil pihak perempuan. "Hidup dikandung adat maka seperti yang kebiasaan begitulah kehendak kami. Tetapi besarlah hati kami jika selain dari sepersalinan dapat kiranya serba satu putih berdiri." Indah, halus dan penuh beralas. Hidup menjunjung adat bangsa Melayu kaya dengan kiasan. Permintaan diungkapkan dalam kata-kata indah dan manis, tidak kurang yang berpantun.

Perkahwinan dari segi perspektif Islam secara ringkas

Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga keharmonian masyarakat. Perkahwinan dapat memelihara seseorang daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Pemilihan bakal isteri adalah atas 4 perkara:

1. cantik rupa parasnya.
2. mempunyai harta.
3. yang baik keturunannya
4. yang beriman.

Di antara keempat-empat ciri ini, yang beriman perlu diutamakan.

Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa paras sebelum memikirkan hal-hal lain. Inilah lumrah semula jadi manusia. Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman dititikberatkan.

Sesungguhnya anjuran Islam ada fadhilatnya. Rupa paras dan harta benda tidak kekal lama. Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia. Orang yang beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkah lakunya.

Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dan dara bernikah, segalanya dipandang manis. Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam-dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya. Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di samping iaitu syaitan. Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan menjauhkan diri, mereka mula nampak tingkah laku sebenar masing-masing. Maka pada ketika ini, bermacam-macam masalah mula timbul. Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka. Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman. Sebab itu, Islam menggalakkan anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal sentosa selamanya.

Prosedur Perkahwinan

Perkara penting sebelum anda menyediakan persiapan perkahwinan ialah memastikan anda telah mendapat kelulusan untuk berkahwin daripada Jabatan Agama kawasan anda, contoh: JAWI, JAIS, MAIK dan sebagainya. Tapi sebelum anda membuat permohonan untuk berkahwin, ada beberapa prosedur yang mesti diikuti.

1. Kursus Perkahwinan - Ada dua jenis kursus perkahwinan iaitu kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama dan kursus oleh pihak swasta. Walaupun kedua-dua kursus ini hampir serupa tetapi anda dinasihatkan supaya mengambil kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama kerana ia mungkin memudahkan langkah seterusnya. Bakal pengantin yang mengambil kursus swasta mungkin ditemu duga oleh Jabatan Agama ketika membuat permohonan berkahwin. Anda dinasihatkan pergi berkursus bersama-sama pasangan anda agar segala maklumat dan ilmu dapat dimengerti bersama. Apabila selesai berkursus yang biasanya mengambil masa dua hari, anda akan menerima Sijil Tamat Kursus yang boleh diambil di Jabatan Agama. Sijil ini sah sampai bila-bila.

2. Setelah menerima sijil, anda bolehlah mengisi borang permohonan berkahwin yang boleh didapati dari pejabat Jabatan Agama daerah anda mengikut kad pengenalan. Isikan lengkap dan sertakan bersama surat akuan bujang yang dimateri dengan cap syarikat tempat anda bekerja. Kemudian dapatkan tandatangan jurunikah atau wakil jurunikah atau ketua kariah tempat anda. Bawa bersama dua orang saksi semasa anda mendapatkan tandatangannya.

3. Serahkan borang yang telah lengkap kepada bakal pengantin perempuan. Pengantin perempuan juga perlu mengisi borang permohonan bernikah. Mereka hendaklah memohon di Jabatan Agama mengikut alamat dalam kad pengenalan. Selain dilampirkan dengan surat akuan bujang dan borang permohonan pengantin lelaki, pengantin perempuan perlu membawa bersama wali dan dua orang saksi ke pejabat Jabatan Agama ketika menyerahkan borang yang lengkap diisi. Bagi pengantin yang akan bernikah di tempat lain, mereka perlu merujuk pula kepada Jabatan Agama tempat tersebut.

4. Setelah kelulusan didapati, sila tetapkan tarikh akad nikah dengan jurunikah.

5. Setelah akad nikah dijalankan, sila serahkan gambar untuk urusan memohon sijil dan kad nikah.


Saturday, April 2, 2011

~Berhikmah dalam Berdakwah~

Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali
(mindamadani.my)

Sering kali kita mendengar orang mengatakan hendaklah berdakwah dengan cara berhikmah. Mereka berdalilkan firman Allah yang bermaksud :
 
 “ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125).

Ayat ini mengandungi petunjuk bagi para rasul dan pendakwah bagaimana cara menyampaikan dakwah kepada manusia yang bermacam-macam jenis itu. Para pendakwah akan menghadapi pelbagai golongan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, ilmu dan perangai.

Kepelbagaian jenis ini harus dihadapi dengan cara yang sesuai dengan tahap kecerdasan, sepadan dengan iklim budaya fikirnya dan tabiat masing-masing. Ini merupakan dasar-dasar dakwah yang telah digariskan oleh ajaran Islam iaitu mengajak manusia meniti jalan kebenaran yang diperintahkan oleh Allah dengan jalan dakwah terbaik yang sesuai dengan kondisi manusia. Ajaklah kaum cendekiawan yang memiliki pengetahuan tinggi untuk berdialog dengan kata-kata bijak sesuai dengan tingkat kepandaian mereka. Terhadap orang awam, ajaklah mereka dengan memberi nasihat dan perumpamaan yang sesuai dengan taraf mereka sehingga mereka sampai kepada kebenaran.

Debatlah dengan ahli kitab yang menganut agama-agama terdahulu dengan logika dan retorika yang halus, melalui pendekatan yang baik, lepas dari kekerasan agar mereka merasai puas dan menerima dengan lapang dada. Itulah metode berdakwah yang benar kepada agama Allah sesuai dengan kecenderungan setiap manusia.

Syeikh Muhammad Abduh menyimpulkan dari ayat di atas bahawa seorang pendakwah akan menghadapi tiga jenis manusia iaitu golongan cendekiawan yang dapat berfikir secara kritis dan mendalam, cepat dapat menangkap sesuatu persoalan. Mereka ini harus didakwah dengan berhikmah, iaitu dengan alasan, dalil dan hujah yang dapat diterima oleh kekuatan akal mereka. Kedua adalah golongan orang awam yang kebanyakkannya belum dapat berfikir secara kritis, belum dapat menangkap pengertian yang tinggi-tinggi. Mereka hendaklah didakwah dengan nasihat dan pengajaran yang baik iaitu melalui pendidikan yang baik dan mudah difahami. Ketiga adalah golongan yang tingkat kecerdasannya diantara yang tersebut diatas. Mereka ini hendaklah didakwah dengan bertukar-tukar pandangan dan fikiran yang boleh mendorong untuk berfikir secara sihat dalam mencari kebenaran. Oleh itu, dakwah yang berkesan adalah mengikut kondisi orang yang didakwahnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim)

Walaupun begitu Mohd. Natsir dalam bukunya Fiqhud-dakwah menyebutkan bahawa hikmah itu lebih dari semata-mata ilmu. Ia adalah ilmu yang sihat, yang sudah dicernakan; ilmu yang padu dengan rasa-periksa, sehingga menjadi daya penggerak melakukan sesuatu yang bermanfaat lagi berguna. Kalau dibawa kepada bidang dakwah ia bermaksud melakukan sesuatu tindakan yang berguna dan efektif. Inilah yang lebih benar kepada memahamkan maksud hikmah dalam erti kata yang lebih luas daripada membatasi erti hikmah kepada alat atau cara menyampaikan dakwah kepada golongan cendekiawan.

Oleh itu, hikmah dalam bidang dakwah diperlukan dalam semua golongan, baik golongan cendekiawan, orang awam atau golongan yang suka bersoal jawab dan berdebat. Perkara ini membawa erti bahawa hikmah itu meliputi cara atau taktik berdakwah yang diperlukan dalam menghadapi golongan tersebut. Dalam bahasa Melayu hikmah membawa erti kepandaian dan kebijaksanaan.

Di dalam al-Quran hikmah disifatkan sebagai anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia.
Firman Allah yang bermaksud :

“Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar. ” (al-Baqarah, ayat 269)

Menurut Al-Quran lagi semua nabi telah diajar hikmah oleh Allah. Keistimewaan hikmah yang dimiliki oleh para nabi inilah yang menyebabkan mereka yang paling istimewa dan yang paling berilmu. Hadis nabi juga menyebutkan bahawa hikmah merupakan barang mukmin yang hilang. Ertinya manusia yang betul-betul layak untuik memiliki hikmah adalah dari kalangan orang yang beriman. Nabi juga menasihatkan orang mukmin supaya mengambil hikmah di mana-mana sahaja hikmah itu ditemui kerana hikmah itu adalah barang mukmin yang hilang.

Dalam konteks dakwah, Allah telah menjelaskan hikmah dalam beberapa makna mengikut kondisi keadaan yang berlaku. Antaranya hikmah dalam erti kemampuan memilih saat bila harus berbicara dan bila harus diam. Para pendakwah seharus mengetahui saat ia harus berbicara dalam menyampaikan dakwah supaya dakwahnya mudah diterima. Hikmah dalam erti memilih dan menyusun kata-kata. Seorang pendakwah perlu menggunakan bahasa yang baik, tepat dan padat.

Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatakanlah dengan kata-kata yang tepat.” (al-Ahzab, ayat 70)

Para ulamak menyebutkan qaulan sadida dengan kata –kata yang lurus, kata yang benar dan kata yang tepat iaitu berbicara dengan penuh kejujuran kerana di situlah terletak unsur segala kebahagiaan dan pangkal dari segala kesempurnaan kerana yang demikian itu berasal dari kemurniaan hati.

Islam menyarankan supaya pendakwah berhikmah dalam cara perpisahan supaya perpisahan itu benar-benar memberi kesan dalam hatinya atau menjauhi mereka dengan cara terbaik.

Dalam hal demikian, Allah berfirman yang bermaksud :

“ dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.” (al-Muzammil, ayat 10)

Ayat ini menjelaskan bahawa pendakwah tidak perlu bersusah hati dan sesak nafas dengan tingkah laku yang bengis dan ucapan-ucapan mereka yang kasar. Berpisahlah dengan mereka dengan tingkah laku yang memperlihatkan budi pekerti yang tinggi dan akhlak yang mulia. Apabila berlakunya sesuatu perdebatan dan diskusi hendaklah berakhir dengan cara terbaik supaya hubungan dakwah tetap terjalin jangan ditutup salurannya untuk menyambung pada suatu saat yang lebih sesuai.

Firman Allah yang bermaksud :

“ Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka. Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka dan berikanlah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berkesan kepada jiwa mereka.” (al-Nisa’ , ayat 63)

Allah telah merakamkan kisah nabi Musa berdialog dengan kaumnya yang menyembah Firaun. Firman Allah yang bermaksud :

“ Wahai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan tetapi kamu menyeru aku ke neraka. Kamu menyeru aku supaya kafir kepada Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang tidak aku ketahui padahal aku menyeru kamu beriman kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha pengampun. Sudah pasti bahawa apa yang kamu seru supaya aku beriman kepadanya tidak dapat memperkenankan seruan apa-apapun baik di dunia maupun di akhirat. Dan sesungguhnya kita kembali kepada Allah dan sesungguhnya orang-orang yang melampaui batas, mereka itulah penghuni neraka. Kelak kamu akan ingat kepada apa yang kukatakan kepada kamu. Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya.” (al-Mukmin, ayat 41-44)

Ini merupakan dialog antara nabi Musa yang menyeru ke arah kebaikan dan keselamatan sementara kaum Firaun menyeru ke arah syirik kepada Allah. Akhirnya nabi Musa mengingatkan mereka bahawa pasti mereka akan mengetahui kebenaran apa yang ia perkatakan dan berlakunya perpisahan dengan kaumnya dengan cara terbaik. Ini juga termasuk dalam berhikmah dalam berdakwah. Hikmah dalam berdakwah juga bermaksud dakwah harus mengikut keutamaan dari segi kerja-kerja yang akan dilakukan. Perlu memfokuskan kepada sesuatu isu dan aktiviti yang dapat memberi sumbangan kepada umat Islam sehingga dakwah dapat tampil di tengah masyarakat dengan kehadiran yang dinanti-nantikan. Misalnya keutamaan mendidik umat adalah satu keutamaan kepada gerakan dakwah.

Keutamaan lainnya adalah melihat isu semasa dan mencari jalan keluar yang dapat mengembangkan pengaruh di tengah masyarakat misalnya kerja dakwah dalam mengatasi kemiskinan, hak-hak asasi manusia dan agenda penyatuan ummah. Hikmah dalam berdakwah juga bererti dakwah harus sesuai dengan realiti setempat. Dakwah mesti membumi di tempat mana ia berpijak, bukan melangit sehingga tidak dapat diamalkan di dalam kehidupan manusia.


Friday, March 11, 2011

~ Mungkinkah Dia Jodohku..... ~

10 Petanda Dia Jodoh Kita 
Oleh: Hj Abdul Samad

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

sumber:  Artikel iluvislam.com




Monday, February 28, 2011

~♥ ~Petua Untuk Menyayangi Seseorang~♥ ~

sumber: ENSAIKLOPEDIA-PETUA-MELAYU-LAMA

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana, kelak yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

4. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

5. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika anda juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

6. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tetapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


Wednesday, February 2, 2011

Kisah Nafsu

Apabila nafsu dicipta oleh Allah, maka Allah pun bertanya kepada nafsu.

"Siapa tuhan kamu?

Nafsu menjawab " Tidak tahu"

Maka nafsu pun dihumban ke neraka selama 70,000 tahun.

Selepas hukuman itu, nafsu dikeluarkan dari neraka dan ditanya.

"Siapa tuhan kamu"

Nafsu masih menjawab, tidak tahu.

Kemudian nafsu dihukum lagi selama 70,000 tahun di neraka.

Selepas selesai hukumannya, nafsu ditanya lagi.

"Siapa tuhan kamu?

Nafsu masih menjawab tidak tahu.

Kemudian Allah memerintahkan nafsu dihukum di neraka selama 70,000 tahun lagi dan tidak diberi makan.

Selepas 3 hari nafsu minta dikeluarkan dari neraka dan mengakui Allah adalah tuhannya.

Begitulah hebatnya jika kita berpuasa. Tidak makan boleh menundukkan nafsu. Oleh itu memperbanyakkanlah puasa jika kita TIDAK MAMPU menundukkan nafsu kita.

Sumber - Tazkirah Ramadhan - CPNI - 24.08.2009

Wednesday, January 12, 2011

Jodoh Yang Sekufu

Islam dah ajar kita untuk rancang benda2 yang berada nun jauh di masa depan, bukan main bedal tawakal semata-mata.


Jodoh yang sekufu, adalah sesuatu yang cliche. Ramai yang berkata2 tentang jodoh sekufu dan ini memang benar kerana telah dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tiada perkahwinan seorang wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya”.

Maksud sekufu dalam bahasa yang mudah ialah ‘sama’. Ada yang mengistilahkan sama ni adalah sama seagama, bermakna sama2 beragama Islam maka dikira sekufu. Itu memang betul tak tidak ada toleransi, malah tidah sah perkahwinan pasangan yang salah seorang bukan Islam (bukan ahli kitab). Jadi hal sekufu sama seagama ni kita boleh letakkan sebagai mutlak, sebab memang dah tak boleh nak pertikaikan lagi.

Adakah sekufu dari segi lain seperti keturunan, amalan agama, taraf pendidikan, pangkat pekerjaan, pemikiran dan sebagainya adalah penting dalam menentukan kufu ini?

Secara langsung atau tak langsung, kufu dalam perkara2 di atas adalah penting dalam penentuan jodoh. Contohnya firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3 berbunyi:

"Tidak bernikah lelaki berzina melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan tidak bernikah permepuan yang berzina melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman."


Ada banyak tafsiran ulama’ tentang ayat di atas, namun yang paling mudah difahami dan diterima ialah padangan Syeikh Muhamad Ali Syabuni yang mencadangkan bahawa lelaki/perempuan yang berzina (suka buat maksiat) akan cenderung memilih pasangan yang sama dengan mereka juga.

Kufu dari segi keturunan pada satu sudut adalah penting. Kita lihat sekarang banyak kes perkahwinan warga Malaysia dengan warga asing, apabila terlibat dengan perceraian, berlaku perebutan hak penjagaan anak. Yang sadisnya anak-anak dilarikan ibu/bapa mereka yang berbangsa asing ke negara masing2. Tidak diketahui nasib mereka, kehidupan dan yang penting akidahnya.

Sekufu dari segi pemikiran juga boleh menyumbang kepada harmoni atau kacaunya sebuah rumahtangga. Ya lah suami/isteri fikirnya 10 tahun ke hadapan, isteri/suami pula fikir 5 tahun ke belakang. Sebagai check & balance memang bagus, tapi kalau hari2 asyik kena hentam dengan pemikiran negatif, penat juga kan. Lainlah kalau si isteri/suami mampu/teringin nak upgrade pemikirannya.

Sekufu dari segi harta, walaupun bunyinya agak mengarut tapi ada kepentingannya juga. Sekurang-kurangnya si suami mempunyai satu saranan untuk menyara keluarga, tak perlulah ada duit juta2. At least ahli keuarga tak perlu meminta-minta, anak2 boleh mendapat pendidikan sempurna.

Sekufu dalam pengetahuan dan amalan agama, sebenarnya paling penting dalam melestarikan baitul Muslim (rumahtangga Islam). Banyak amalnya tak semestinya tinggi ilmunya, tapi dengan memilih pasangan yang mempunyai ilmu agama atau pengetahuan dan pemikiran yang celik agama, ia adalah lebih menjamin. Kerana suami yang beriman dan takutkan Allah, sekiranya dia cinta pada isterinya, dia akan mengasihi & melayani isterinya, dan bila dia tiada cinta, dia tetap menghormati isterinya dan tidak menzalimi isterinya. Bukannya main sepak terajang. Begitu juga dengan isteri yang beriman. Pasti mampu melayani suami dan mendidik zuriat dengan sempurna seperti yang dituntut agama.


Jodoh yang sekufu bukanlah benda wajib, malah tak ada dalam syarat nikah pun, tapi ia adalah saranan Rasulullah SAW, kerana Islam itu memandang jauh ke hadapan. Pasangan yang sekufu (sama, sefikrah, etc.) akan berusaha memperbaiki kehidupan rumahtangga kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama. Pasangan yang tidak sekufu, sorang ke hulu sorang ke hilir, sorang ke laut sorang ke darat. Kalau terjadi perceraian, yang jadi mangsanya, anak-anak. Islam dah nampak benda tu, dan nyata Islam bukan agama ‘treatment’ sebaliknya ‘prevention’.

So, merancanglah untuk masa depan kita kerana itu sunnatullah.

Ahli falsafah terkenal Socrates pernah berkata..."By all means, get married. If you're lucky, you'll be happy. If not, you'll become a philosopher." (Mungkin beliau merujuk kepada dirinya yang dihalau oleh isteri hingga menjadi ahli falsafah .... :-D)




rujukan: mysuperkids.net