Welcome to my blog!

~Great Minds talk about ideas, Average Minds talk about events, Small Minds talk about people~

Saturday, October 30, 2010

Asbestos - silent killer!

Dalam beberapa minggu yang lalu, kebimbangan berhubung keracunan asbestos telah ditimbulkan di dalam media cetak tempatan dan sememangnya ia benar!



Bahan serat yang berlaku secara semula jadi ini dengan ketahanan terhadap haba panas dan api telah dikenal pasti sebagai ancaman serius kepada nyawa manusia di Negara Barat dan seberapa boleh yang mungkin hendaklah dielakkan sama sekali.

Mereka yang bekerja dengan asbestos berisiko mengalami kanser paru-paru, asbestosis, mesothelioma dan kematian akibat penyakit pernafasan. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan bahawa 100,000 pekerja mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan asbestos. Manakala beribu lagi terkorban daripada pendedahan dalam alam sekitar.

Serat asbestos kuat dan biasanya ditemui dalam siling, jubin lantai, paip air dan brek kenderaan. Asbestos satu ketika dulu dianggap sebagai bahan bangunan yang utama tetapi kini dikenali sebagai salah satu pembunuh di tempat kerja yang terbesar.

Asbestos juga termasuklah chrysotile, amosite, crocidolite, asbestos tremolite, asbestos anthophyllite, asbestos actinolite, dan sebarang daripada bahan ini yang telah dirawat dan atau diubah suai secara kimia.

Asbestos menjadi bahan berbahaya apabila ia diganggu, menyebabkan seratnya berterbangan di udara. Ini biasanya dirujuk sebagai asbestos repui, manakala asbestos yang masih dalam keadaan baik dirujuk sebagai asbestos tidak repui.

Asbestos repui bawaan udara disedut ke dalam paru-paru mereka yang terdedah kepadanya. Sehingga hari ini, penyelidik masih belum menetapkan paras selamat pendedahan kepada asbestos tetapi satu perkara yang pasti lebih lama terdedah kepadanya, lebih besar risiko mendapat penyakit berkaitan asbestos.

Sebab itulah keracunan asbestos sering dipanggil penyakit bahaya pekerjaan, kerana mereka yang biasanya bekerja dengan bahan ini kebanyakannya berisiko mendapat penyakit berkaitan asbestos.

Pegawai kesihatan telah memberi amaran bahawa pendedahan kepada asbestos secara meluas akan mengakibatkan wabak mesathelioma, kanser paru-paru dan asbestosis.

Di samping penyakit yang membunuh ini, panel 27 pakar yang bersidang bersama Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bukti baru bahawa asbestos menyebabkan kanser larinks dan ovari.

Lebih membimbangkan ialah ramalan oleh Dr James Leigh, Pengarah Pusat Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar, Sekolah Kesihatan Awam Sydney, Australia yang telah bersara, bahawa akan terdapat 5 hingga 10 juta kematian akibat kanser berkaitan asbestos menjelang 2030.

Ia juga membimbangkan bahawa agensi kesihatan antarabangsa seperti WHO, ILO dan IARC bersetuju bahawa tidak terdapat paras selamat terhadap pendedahan kepada asbestos. Walaupun begitu, bumbung bahan asbestos, paip simen asbestos dan produk mengandungi asbestos lain masih digunakan dengan meluas di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Apa yang membimbangkan kepada pengguna ialah tidak terdapat sebarang keprihatinan terhadap kesihatan mereka kerana dibekalkan dengan air melalui paip simen asbestos.

Malaysia tidak mempunyai sebarang program khusus untuk menggantikan paip simen asbestos. Malah jika terdapat sedikit bukti karsinogenisiti asbestos yang dihadamkan, langkah berhati-hati mestilah diambil dengan menggantikan paip simen asbestos lama dengan bahan gentian yang lebih selamat.

Memandangkan bahaya asbestos, 54 negara di seluruh dunia telah mengenakan pengharaman, menghadkan atau mengecualikan untuk penggunaan kecil asbestos. Di Malaysia, hanya crocidolite (asbestos biru) dilarang tetapi penggunaan chrysotile (asbestos putih), amosite (asbestos perang), tremolite, anthophyllite dan actinolite dibenarkan.

Memandangkan kepentingan untuk memelihara keselamatan awam dan pekerja yang mengendalikan asbebstos, CAP menggesa supaya diharamkan sepenuhnya bahan ini. Kami memahami bahawa kerajaan Malaysia sedang mengkaji untuk melaksanakan pengharaman tetapi apa yang membimbangkan kami ialah proses ini akan mengambil masa yang panjang.

Di samping mengenakan pengharaman ke atas asbestos, kerajaan Malaysia mestilah mewujudkan pendaftaran kebangsaan untuk asbestosis dan mesothelioma, diagnosis awal terhadap penyakit berkaitan asbestos dan melaksanakan skim pampasan pekerja.

Kerajaan juga mestilah mengadakan program pendidikan dan kesedaran asbestos untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai, kontraktor, mekanik, pemasang paip dan pekerja umum mengenai bahaya asbestos dan untuk menggalakkan pematuhan terhadap peraturan dan amalan pengurusan asbestos yang selamat.

Kita juga memerlukan buruh mahir dan berpengetahuan untuk menghapuskan dan memindahkan produk yang mengandungi asbestos dengan selamat.

CAP sekali lagi menggesa kerajaan supaya mempercepatkan pengharaman asbestos dan memastikan langkah yang sewajarnya diambil untuk melindungi kesihatan seluruh rakyat Malaysia

Tuesday, October 26, 2010

Mencari Teman Sejati

Sebagai makhluk sosial, manusia memiliki kecenderungan untuk berteman. Islam menganjurkan untuk menjalin pertemanan dengan baik. Pertemanan yang di dalamnya saling menasihati untuk menetapi kebenaran dan kesabaran (QS Al-'Ashr [103]: 3).

Islam juga mengingatkan penganutnya agar berhati-hati dalam memilih teman. Sayidina Ali RA pernah berkata, "Kalau kalian ingin melihat kepribadian seseorang, lihatlah bagaimana teman-temannya." Rasulullah juga mengingatkan, "Seseorang itu dipengaruhi oleh agama teman-temannya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan siapa kita bergaul."

Ali Zaenal Abidin berkata kepada putranya, "Wahai anakku, berhati-hatilah terhadap lima kelompok. Jangan berteman dan jangan berbicara kepada mereka, serta jangan menjadikannya teman dalam perjalanan." Lalu putranya bertanya tentang lima kelompok itu.

Sang ayah pun menjawab, "Pertama, berhati-hatilah dan jangan bergaul dengan orang yang berkata dusta. Dia bagaikan bayangan yang mendekatkan engkau dari sesuatu yang jauh dan menjauhkan engkau dari hal yang dekat. Kedua, berhati-hatilah dan jangan bergaul dengan orang yang fasik, sebab dia akan menjualmu seharga butiran atau lebih rendah dari itu."

"Ketiga, berhati-hatilah engkau dan jangan bergaul dengan orang kikir, sebab dia akan menjauhkanmu dari hartanya ketika engkau memerlukannya. Keempat, berhati-hatilah engkau dan jangan bergaul dengan orang yang dungu, sebab dia ingin mendapat manfaat darimu, tetapi mencelakakanmu. Kelima, berhati-hatilah dan jangan bergaul dengan orang yang tidak memperhatikan kerabatnya, sebab aku mendapatkannya sebagai orang yang dilaknat Alquran dalam tiga tempat (ayat)."

Nasihat itu menunjukkan bahwa pertemanan sejati dapat dijalin dengan kejujuran, ketaatan beragama, kedermawanan, kemauan belajar, dan silaturahim. Kejujuran dapat menunjukkan dan menerima kebenaran. Kedermawanan dapat mendekatkan hubungan antarmanusia. Kemauan belajar dapat membuat orang saling memahami dan menghargai. Sedangkan, silaturahim dapat menjalin persaudaraan, umur panjang, dan kelimpahan rezeki.

Dalam pandangan Islam, teman juga dapat berupa perilaku atau amal. Oleh sebab itu, umat Islam dianjurkan mencari dan membinanya. Iman dan amal saleh dalam pandangan Islam dapat menolong dan menyelamatkan seseorang dari kehinaan.

Sayidina Ali berkata, "Sesungguhnya, ada tiga jenis teman bagi seorang Muslim. Pertama, teman yang berkata, 'Aku bersamamu di kala engkau hidup atau pun mati,' dan inilah amalnya. Kedua, teman yang berkata, 'Aku bersamamu hanya sampai kuburanmu, kemudian meninggalkanmu,' Inilah anaknya."

"Ketiga, teman yang berkata, 'Aku bersamamu hingga engkau mati,' inilah kekayaannya yang akan menjadi milik ahli waris ketika dia meninggal." Amal salehlah yang dapat menolong seseorang tatkala menghadapi pengadilan Tuhan dan tatkala tiada seorang pun sebagai penolong." Oleh karena itu, setiap Muslim perlu memperhatikan etika pertemanan dan berusaha menjadi teman yang sejati.



http://www.republika.co.id/
http://www.facebook.com/home.php?#!/notes/tazkiah-an-nafs/mencari-teman-sejati/157330284306004

Menghadapi Ujian Hidup

Hidup di dunia yang fana ini, seorang manusia akan mengalami berbagai macam ujian yang datang dari Allah Sang Pencipta Yang Maha Berkehendak dan Maha Kuasa. Terkadang kita mengalami sesuatu yang menyenangkan dan terkadang mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan. sebagai seorang mukmin, kita tidak boleh mengeluh apalagi menyalahkan Allah ketika kita sedang diberi ujian dengan kesulitan hidup. kita harus selalu berusaha tetap bersabar ketika ujian duka melanda hidup kita. sebaliknya, kita tidak boleh lupa bersyukur kepada Allah ketika sedang diuji dengan karunia dan nikmat dari Allah.

“Sungguh menakjubkan urusan orang beriman! Sesungguhnya semua urusannya baik. Dan yang demikian tidak dapat dirasakan oleh siapapun selain orang beriman. Jika ia memperoleh kebahagiaan, maka ia bersyukur. Bersyukur itu baik baginya. Dan jika ia ditimpa mudharat, maka ia bersabar. Dan bersabar itu baik baginya.” (HR Muslim 5318)



”Barangsiapa dikaruniai Allah kenikmatan hendaklah dia bertahmid (memuji) kepada Allah, dan barangsiapa merasa diperlambat rezekinya hendaklah dia beristighfar kepada Allah. Barangsiapa dilanda kesusahan dalam suatu masalah hendaklah mengucapkan “Laa haula walaa quwwata illaa billaahil’aliyyil’adzhim.” (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung)” (HR. Al-Baihaqi dan Ar-Rabii’)

Wallahu A’lam

Sumber: http://www.facebook.com/home.php?sk=lf#!/note.php?note_id=156083757763990&id=148308538514036

Keajaiban Hidup

Pada suatu hari sepasang suami istri sedang makan bersama di rumahnya. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk seorang pengemis. Melihat keadaan si pengemis itu, si istri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya, sebagai seorang wanita yang sholihat dan patuh pada kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu?"

Rupanya suaminya memiliki karakter yang berbeda dengan wanita itu. Dengan suara lantang dan kasar menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintunya!"



Pada suatu hari yang naas perdagangan lelaki ini jatuh bangkrut. Kekayaannya habis dan ia menderita banyak hutang. Selain itu, karena ketidakcocokan sifat dengan istrinya, rumah tangganya menjadi berantakan sehingga terjadilah perceraian.

Tak lama sesudah habis masa iddahnya bekas istri lelaki yang pailit itu menikah lagi dengan seorang pedagang di kota dan hidup berbahagia. Pada suatu hari ketika wanita itu sedang makan dengan suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah pintunya dibuka ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berikan makan pengemis itu!".

Setelah memberi makanan kepada pengemis itu istrinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan heran bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis karena aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?".

Wanita itu menggeleng halus, lalu berkata dengan nada sedih, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan taqdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dulu".

Mendengar keterangan istrinya demikian, sang suami sedikit terkejut, tapi segera ia balik bertanya, "Dan engkau, tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini? Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya!".

Sumber : Lembaran Da'wah Keluarga MARHAMAH