Dalam kitab shahih Muslim, dalam sebuah hadis riwayat Ibnu Mas'ud, terdapat sebuah kisah menarik tentang orang yang terakhir masuk syurga dan percakapannya dengan ALLAH azza Wa Jalla. Kisah ini membuat Rasulullah saw tersenyum.
Sahabat Ibnu Mas'ud bercerita, "Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, 'orang yang terakhir sekali masuk syurga adalah seorang lelaki. Sekali dia berjalan tertatih-tatih. Sekali dia merangkak, dan sekali dia terkena jilatan api neraka".
Begitulah lelaki itu dapat melepasi neraka, dia menoleh melihat neraka dan berkata, "Maha suci ALLAH, ZAT yang telah menyelamatkan aku darimu."ALLAH telah memberiku sesuatu yang belum pernah diberikan kepada orang terdahulu dan orang yang akan datang. Lalu, diangkat dan ditumbuhkan sepohon pokok untuknya.
Apabila melihat pokok itu, lelaki tersebut terus berkata, "Ya Rabbi! Wahai Tuhanku! Dekatkanlah diriku pada pokok itu. Aku ingin berteduh di bawahnya dan meminum airnya."
ALLAH Azza Wa Jalla berfirman, 'Wahai Bani Adam! Jangan-jangan aku kabulkan kau akan meminta yang lainnya. Dengan cepat lelaki itu menjawab: Tidak Tuhanku!"
Lelaki itu berjanji kepada Tuhan, bahawa dia tidak akan meminta yang lain. Tuhan pun memaafkan dan memakluminya. Kerana Tuhan Maha Pengasih, lalu Tuhan mendekatkan lelaki itu pada pokok yang rendang itu.
Lelaki itu pun berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Kemudian diangkat dan ditumbuhkan lagi sepohon pokok yang lebih baik untuknya. Apabila melihat pokok yang lebih baik, lelaki itu berkata, "Ya Rabbi, Wahai Tuhanku! Dekatkanlah diriku pada pokok itu. Aku ingin berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Aku tidak akan meminta yang lainnya."
ALLAH Azza Wa Jalla berfirman, 'Wahai Bani Adam! Bukankah kau tadi telah berjanji tidak akan meminta yang lainnya.'
Lelaki itu berjanji kepada Tuhan bahawa dia tidak akan meminta yang lain. Tuhan pun memaafkan dan memakluminya kerana Tuhan Maha Pengasih. Lalu Tuhan mendekatkan lelaki itu pada pokok yang lebih baik itu. Lelaki itu lalu berteduh di bawahnya dan meminum airnya.
Kemudian, diangkat dan ditumbuhkan untuknya sebuah pokok dekat dengan pintu syurga yang jauh lebih baik dari pokok sebelumnya. Melihat pokok itu dekat dengan pintu syurga lelaki itu berkata, 'Ya Rabbi, wahai Tuhanku! Dekatkanlah aku pada pokok itu. Aku ingin berteduh di bawahnya dan meminum airnya. Aku tidak akan meminta yang lainnya."
ALLAH Azza Wa Jalla berkata, "Wahai Bani Adam! Bukankah kau tadi telah berjanji tidak akan meminta yang lain lagi?"
Lelaki itu menjawab, "Benar! Tetapi kali ini aku benar-benar tidak akan meminta yang lainnya."
Tuhan pun memaafkan dan memaklumkan padanya. Kerana Tuhan Maha Pengasih , Dia pun mendekatkan lelaki itu pada pokok berhampiran pintu syurga.
Setelah berada berhampiran pokok itu. Lelaki itu mendengar suara kebahagian para penghuni syurga. Dia pun memohon kepada Tuhan, "Ya Rabbi, wahai Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalamnya."
ALLAH Azza Wa Jalla berfirman, 'Wahai Bani Adam! Apakah yang mesti membuatku mendengarmu? Apakah kau mahu aku berikan dunia dan sekaliannya?"
Lelaki itu menjawab, 'Tuhanku, adakah Engkau mengejekku? Padahal, Engkau adalah Tuhan Pemilik Semesta?"
Sampai di sini, Ibnu Masud, sahabat Nabi yang meriwayatkan kisah ini, tersenyum dan berkata kepada orang-orang yang mendengar di sekelilingnya.
"Apakah kamu tidak ingin bertanya, mengapakah aku tersenyum?" Orang-orang itu lantas bertanya, "Mengapakah kau tersenyum?" Ibnu Mas'ud menjawab, "Beginilah Rasulullah tersenyum." "Mengapakah Rasulullah tersenyum?" tanya orang-orang itu lagi.
"Rasulullah tersenyum kerana ALLAH, Tuhan seru sekalian alam, tersenyum ketika lelaki itu berkata, "Adakah Engkau Mengejekku? Padahal Engkau adalah Pemilik alam semesta?" jawab Ibnu Mas'ud. Lalu, ALLAH menjawab, "AKU tidak mengejek kamu. Tetapi Aku Maha Kuasa atas segala sesuatu". Begitulah akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke dalam syurga atas belas kasihan dan rahmat ALLAH S.W.T, setelah melalui proses yang amat panjang.
Meskipun merangkak, lelaki beriman yang terakhir masuk syurga itu jauh beruntung daripada orang-orang yang tidak beriman dan beragama Islam. Orang-orang kafir kekal selamanya di dalam neraka.
No comments:
Post a Comment