Islam dah ajar kita untuk rancang benda2 yang berada nun jauh di masa depan, bukan main bedal tawakal semata-mata.
Jodoh yang sekufu, adalah sesuatu yang cliche. Ramai yang berkata2 tentang jodoh sekufu dan ini memang benar kerana telah dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud:
“Tiada perkahwinan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tiada perkahwinan seorang wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya”.
Maksud sekufu dalam bahasa yang mudah ialah ‘sama’. Ada yang mengistilahkan sama ni adalah sama seagama, bermakna sama2 beragama Islam maka dikira sekufu. Itu memang betul tak tidak ada toleransi, malah tidah sah perkahwinan pasangan yang salah seorang bukan Islam (bukan ahli kitab). Jadi hal sekufu sama seagama ni kita boleh letakkan sebagai mutlak, sebab memang dah tak boleh nak pertikaikan lagi.
Adakah sekufu dari segi lain seperti keturunan, amalan agama, taraf pendidikan, pangkat pekerjaan, pemikiran dan sebagainya adalah penting dalam menentukan kufu ini?
Secara langsung atau tak langsung, kufu dalam perkara2 di atas adalah penting dalam penentuan jodoh. Contohnya firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 3 berbunyi:
"Tidak bernikah lelaki berzina melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan tidak bernikah permepuan yang berzina melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman."
Ada banyak tafsiran ulama’ tentang ayat di atas, namun yang paling mudah difahami dan diterima ialah padangan Syeikh Muhamad Ali Syabuni yang mencadangkan bahawa lelaki/perempuan yang berzina (suka buat maksiat) akan cenderung memilih pasangan yang sama dengan mereka juga.
Kufu dari segi keturunan pada satu sudut adalah penting. Kita lihat sekarang banyak kes perkahwinan warga Malaysia dengan warga asing, apabila terlibat dengan perceraian, berlaku perebutan hak penjagaan anak. Yang sadisnya anak-anak dilarikan ibu/bapa mereka yang berbangsa asing ke negara masing2. Tidak diketahui nasib mereka, kehidupan dan yang penting akidahnya.
Sekufu dari segi pemikiran juga boleh menyumbang kepada harmoni atau kacaunya sebuah rumahtangga. Ya lah suami/isteri fikirnya 10 tahun ke hadapan, isteri/suami pula fikir 5 tahun ke belakang. Sebagai check & balance memang bagus, tapi kalau hari2 asyik kena hentam dengan pemikiran negatif, penat juga kan. Lainlah kalau si isteri/suami mampu/teringin nak upgrade pemikirannya.
Sekufu dari segi harta, walaupun bunyinya agak mengarut tapi ada kepentingannya juga. Sekurang-kurangnya si suami mempunyai satu saranan untuk menyara keluarga, tak perlulah ada duit juta2. At least ahli keuarga tak perlu meminta-minta, anak2 boleh mendapat pendidikan sempurna.
Sekufu dalam pengetahuan dan amalan agama, sebenarnya paling penting dalam melestarikan baitul Muslim (rumahtangga Islam). Banyak amalnya tak semestinya tinggi ilmunya, tapi dengan memilih pasangan yang mempunyai ilmu agama atau pengetahuan dan pemikiran yang celik agama, ia adalah lebih menjamin. Kerana suami yang beriman dan takutkan Allah, sekiranya dia cinta pada isterinya, dia akan mengasihi & melayani isterinya, dan bila dia tiada cinta, dia tetap menghormati isterinya dan tidak menzalimi isterinya. Bukannya main sepak terajang. Begitu juga dengan isteri yang beriman. Pasti mampu melayani suami dan mendidik zuriat dengan sempurna seperti yang dituntut agama.
Jodoh yang sekufu bukanlah benda wajib, malah tak ada dalam syarat nikah pun, tapi ia adalah saranan Rasulullah SAW, kerana Islam itu memandang jauh ke hadapan. Pasangan yang sekufu (sama, sefikrah, etc.) akan berusaha memperbaiki kehidupan rumahtangga kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama. Pasangan yang tidak sekufu, sorang ke hulu sorang ke hilir, sorang ke laut sorang ke darat. Kalau terjadi perceraian, yang jadi mangsanya, anak-anak. Islam dah nampak benda tu, dan nyata Islam bukan agama ‘treatment’ sebaliknya ‘prevention’.
So, merancanglah untuk masa depan kita kerana itu sunnatullah.
Ahli falsafah terkenal Socrates pernah berkata..."By all means, get married. If you're lucky, you'll be happy. If not, you'll become a philosopher." (Mungkin beliau merujuk kepada dirinya yang dihalau oleh isteri hingga menjadi ahli falsafah .... :-D)
rujukan: mysuperkids.net
No comments:
Post a Comment