Takbir pada hari raya ada dua jenis;
1. Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق)
iaitu takbir yang tidak terikat dengan sesuatu keadaan di mana ia dilaungkan
dengan suara yang kuat di jalan-jalan raya, di masjid-masjid, di pasar-pasar,
di rumah dan sebagainya di waktu siang atau malam.
2. Takbir Muqayyad (المقيد) iaitu yang
dilaungkan selepas menunaikan solat sahaja (sama ada solat fardhu, jenazah atau
solat-solat sunat).
Bilakah bermulanya takbir mursal dan bila pula berakhir?
Takbir mursal atau muthlaq bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada hari raya fitrah atau hari raya korban), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan solat hari raya. Firman Allah;
Bilakah bermulanya takbir mursal dan bila pula berakhir?
Takbir mursal atau muthlaq bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada hari raya fitrah atau hari raya korban), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan solat hari raya. Firman Allah;
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“…dan
juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
bertakbir membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu
bersyukur”. (al-Baqarah: 185)
Berkata
para ulamak; ayat di atas menjadi dalil disunatkan melaungkan takbir pada hari raya
fitrah dan dikiaskan kepadanya hari raya korban.
Bilakah
bermulanya takbir muqayyad dan bila berakhir?
a) Bagi hari raya korban, takbir muqayyad bermula bermula dari solat subuh hari ‘Arafah (iaitu tanggal 9 Dzulhijjah) hinggalah selepas solat asar pada hari Tasyrik terakhir (yakni hari raya ke empat).
a) Bagi hari raya korban, takbir muqayyad bermula bermula dari solat subuh hari ‘Arafah (iaitu tanggal 9 Dzulhijjah) hinggalah selepas solat asar pada hari Tasyrik terakhir (yakni hari raya ke empat).
Diriwayatkan
dari ‘Ali dan ‘Ammar r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w.
bertakbir bermula dari hari ‘Arafah (selepas) solat subuh dan memutuskannya
(yakni berhenti bertakbir) selepas solat asar hari terakhir Tasyriq”. (Riwayat
Imam al-Hakim. Menurut Imam al-Hakim; hadis ini sanadnya soheh)
b)
Bagi hari raya fitrah, bermula dari solat maghrib pada malam hari raya dan
berakhir selepas solat subuh pada pagi hari raya.
Imam
as-Syafi’ie dalam kitabnya al-Umm menyukai agar ditambah kepada takbir di atas
selepas tiga kali mengucapkannya;
اللّه أكْبَرُ كَبيراً،والحَمْدُ لِلَّهِ كَثيراً، وَسُبْحانَ اللَّهِ بُكْرَةً وأصِيلاً، لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَلا نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدينَ وَلَوْ كَرِهَ الكافِرُون، لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ، لا إِلهَ إِلاَّ اللّه واللَّهُ أكْبَرُ
“Allah
maha besar dengan sebesar-besarnya. Segala puji-pijian milik Allah dengan
sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang. Tidak ada Tuhan
melainkan Allah. Kami tidak menyembah melainkanNya sahaja dalam keadaan kami
mengikhlaskan agama untukNya, sekalipun orang-orang kafir membenci. Tidak ada
Tuhan melainkan Allah satu-satunya. Dia telah mengotakan janjiNya dan telah
menolong hambaNya serta mengalahkan tentera-tentera bersekutu (dengan
kekuasaanNya) semata-mata. Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Allah maha besar”.
Tambahan
ini menurut Imam Abu Ishaq as-Syirazi dalam al-Muhazzab, di ambil dari zikir
Nabi s.a.w. ketika Sa’i di atas bukit Safa. (al-Majmu’, 5/36).
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment