Welcome to my blog!

~Great Minds talk about ideas, Average Minds talk about events, Small Minds talk about people~

Tuesday, February 2, 2010

Cara Solat Jamak dan Qasar

Soalan: Bagaimanakah caranya untuk melakukan salat Qasar?

Jawapan:
Solat qasar ertinya memendekkan solat dari empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat Isyak, Zohor dan Asar. Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah.
Tentang jarak dua marhalah itu ulama' berbeza pendapat, ada yang mengatakan 48 batu, ada yang mengatakan 52 batu dan ada pendapat 60 batu. Salah satu pendapat bolehlah kita pegang.

Cara Solat Jamak (Taqdim dan Ta'khir)

Soalan: Saya sudah terlupa bagaimana hendak melakukan Jamak (Taqdim & Ta'khir).

Jawapan: Solat jamak ertinya menghimpunkan dua solat dalam satu waktu, misalnya menghimpunkan solat Zohor kepada Asar dan sebaliknya serta fardhu Maghrib dan Isyak dan sebaliknya.

Jamak Taqdim adalah bila solat Zohor dijamakkan dengan Asar pada waktu Zohor, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Maghrib. Syarat jamak Taqdim iaitu dimulai dengan solat yang punya waktu, niat jamak pada solat yang pertama, muwalat atau berturut-turut, berkekalan musafirnya hinggalah takbir solat yang kedua.

Jamak Ta'khir adalah, melaksanakan solat Zohor dan Asar pada waktu Asar, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak. Syaratnya berniat hendak menta'khirkan solat yang pertama pada waktu yang kedua, berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat. Solat jamak Tak'hir tidak disyaratkan tertib ertinya boleh yang mana dahulu dan yang mana kemudian.

Rujukan: http://www.darulnuman.com/soal/urut2.html

No comments:

Post a Comment