Welcome to my blog!

~Great Minds talk about ideas, Average Minds talk about events, Small Minds talk about people~

Sunday, December 13, 2009

Melentur buluh biarlah dari rebungnya




















Salam,

BELAJAR BERSOLAT
Inilah output kelas Fardhu Ain yang aku usahakan selama beberapa bulan ni. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Senang nak lentur! Aku tak banyak problem dalam mendidik mereka tentang hukum hakam agama..walaupun terkadang ada soalan-soalan cepumas yang tak dapat ku jawab!..bukan tak boleh jawab,..cuma,..mereka terlalu muda untuk memahaminya. Pernah sekali anak muridku yang berumur 9 tahun bertanya padaku pada suatu Ahad..."cikgu cuti tiap-tiap hari ahad ka??"..apabila aku memberitahu mereka aku tidak dapat bersolat jemaah dengan mereka pada hari itu seperti selalu kerana "cuti"....ehe.
KANAK-KANAK DAHAGAKAN ILMU
Entah kenapa, aku lebih ramai anak murid lelaki dari perempuan. Sesi 2010 ni Alhamdulillah, bilangan anak muridku yang perempuan sudah bertambah. Yang buat aku bangga tentang mereka, sifat ingin mahir bersolat sehingga solat-solat sunat pun disuruhnya ajar! :-) They are hungger for knowledge. Macam-macam soalan yang ditanya sehingga kadang-kadang letih aku nak menjawabnya..ehe. Moga Allah beri aku kekuatan dan kesabaran dalam usahaku untuk menjadikan anak-anak muridku mahir bersolat dan faham apa itu dosa dan pahala.
MARKETING STATEGY
Kelas Fardu Ain yang aku anjur ni percuma (saham akhirat). Bak kata pepatah, sambil menyelam, sambil minum air. Mereka adalah murid-murid tuisyen ku juga. Aku cuba apply 'Blue Ocean Stretegy' yang pernah aku belajar ketika di kelas HRM dulu. Sesiapa yang belajar tuisyen dgn aku, secara automatik dia dan adik-bradiknya layak untuk menyertai kelas Fardhu Ain ini. Alhamdulillah, ramai yang berminat kerana ada kelas agama percuma. :-))

Don't judge a book by it's cover

Salam,

"Solat itu tiang agama". Teringat aku pengalaman pertama bersolat di masjid di kampungku. "Nak ikut kakak pi semayang raya tak?" tanya kakakku pada suatu pagi Syawal. Ketika itu aku berusia 7 tahun. "Nak! tapi chek tak tau semayang raya!?"..jawabku ikhlas. "Takpa, nanti kakak ajar macam mana". Itulah pagi raya yang paling bahagia buat aku ketika itu. Dapat bersolat raya buat kali pertama. Girangnya rasa hati..tak tahu nak cakap macam mana. Sebelum ini Tok Ba (tok guruku) hanya mengajar aku solat fardhu saja.

Dengan Tok Ba juga aku mengaji kitab....belajar Al-Quran. Terima kasih kepada arwah ayahanda. Sebagai anak favourite ayah, aku menjadi anak yang satu-satunya kesekolah tadika...dua tahun pula. Dihantar belajar agama ketika usia 4 tahun. Aku yang paling muda ketika itu. Sering diberi perhatian yang lebih oleh Kak Yam(anak tunggal Tok Ba). Alhamdulillah, aku bisa solat dengan sempurna diusia muda. Bisa mengaji dengan lancar sebelum menjejak kaki ke sekolah. Tahu membezakan doa Qunut dan Iftitah. Kenal apa itu dosa dan pahala. Takut bercakap bohong...kerana kata Tok Ba, nanti mati kena potong lidah!. Kadang-kadang aku menjadi rujukan arwah kakak iparku(semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya) dan yang lain-lain di rumah.

Di masjid, lain pulak ceritanya. Aku berdiri bersebelahan kakakku. Sejurus sebelum solat raya bermula, terdengar suara-suara yang meminta aku duduk di hujung barisan. Suara-suara itu membuat aku jadi terpinga-pinga. Apa dah jadi ni?? Apa anak kecil seperti aku tidak boleh solat raya?? "Dia bukan tak tau solat. Dia tau semua!..." tetiba kakakku bersuara. Tapi mereka seakan tidak mahu percaya. Aku ditolak kehujung saf..jauh dari tempat kakakku berdiri. Perasaan tidak puas hati ketika itu, hanya Allah saja yang tahu. Terasa diri "dianiaya."

Banyak orang tua yang solatnya masih belum sempurna...tapi tidak mahu belajar dan malas untuk bertanya. Bersolat hanya seperti melepas batuk ditangga. Sentiasa merasakan ilmunya lebih hebat dari orang muda terutama selepas bergelar Haji atau Hajjah.

Sesuatu yang aku belajar.......Don't judge a book by it's cover!.

Saturday, December 12, 2009

Aku kini seorang blogger!

"In the name of God, most Gracious, most Compassionate".

Begitu sukar untuk aku memulakan bicara. Sudah lama aku ingin menjadi seorang blogger..bunyi macam glamour!..ehe. Harini, aku memaksa diri untuk memulakannya. "Setiap sesuatu perlu ada permulaan...belajarlah menulis"..kata seorang rakan FB kepadaku semalam. Mungkin setelah melihat bakatku di tread rakan-rakan FB atau mungkin melihat postingku di wall FB :-).

Sebenarnya, aku telah pun memulakannya kira-kira dua bulan yang lalu..berkat idea seorang anak murid ku.."Cikgu ada blog tak? Saya ada blog. Cikgu create la satu blog. Senang saja. Saya boleh ajar Cikgu!.." ..cadang salah seorang anak muridku yg berada di Tahun Lima. Nampak bangga sungguh dia kerana punya blog sendiri...ehe. Selepas itu, aku pun cuba untuk create satu blog. Tanpa pertolongan sesiapa, aku mampu create blog ku sendiri. Bukan susah pun!..ehe. Setakat itu saja. Bila aku cuba untuk mula menulis, aku semacam tidak tahu apa yang hendak aku kata. Maka aku biarkan saja blog aku tanpa apa-apa tulisan melainkan beberapa quotes...itupun sekadar "testing" sahaja.

Bukan aku tidak mahu menulis...atau tidak tahu menulis. Cuma,..terlalu banyak idea di dalam kepala sehinggakan aku tidak tahu di mana harus aku memulakannya dan bagaimana. Ilmu dan idea harus dikongsi bersama! Aku percaya itu. Alhamdulillah...berkat sokongan rakan, aku sudah memulakan apa yang seharusnya aku mulakan lama dahulu. Ini cuma permulaan. Aku mohon agar Allah s.w.t memberi aku hidayah dan kekuatan untuk menjadi seorang blogger yang ikhlas dalam berkongsi ilmu dan memberi hidayah dalam aku menganalisa sesuatu isu dan berlapang dada menerima komen rakan-rakan nanti.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. "(Surah Al-'Asr; 1-3)

Salam perkenalan! ;-)
~muna~

Tuesday, October 27, 2009

The importance of Sincerity

“Sincerity makes the very least person to be of more value than the most talented hypocrite.”

Tazkirah 27Oct09

"Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang memuji diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak memuji sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).....”(An-Nisaa’: 49)