Salam,
"Solat itu tiang agama". Teringat aku pengalaman pertama bersolat di masjid di kampungku. "Nak ikut kakak pi semayang raya tak?" tanya kakakku pada suatu pagi Syawal. Ketika itu aku berusia 7 tahun. "Nak! tapi chek tak tau semayang raya!?"..jawabku ikhlas. "Takpa, nanti kakak ajar macam mana". Itulah pagi raya yang paling bahagia buat aku ketika itu. Dapat bersolat raya buat kali pertama. Girangnya rasa hati..tak tahu nak cakap macam mana. Sebelum ini Tok Ba (tok guruku) hanya mengajar aku solat fardhu saja.
Dengan Tok Ba juga aku mengaji kitab....belajar Al-Quran. Terima kasih kepada arwah ayahanda. Sebagai anak favourite ayah, aku menjadi anak yang satu-satunya kesekolah tadika...dua tahun pula. Dihantar belajar agama ketika usia 4 tahun. Aku yang paling muda ketika itu. Sering diberi perhatian yang lebih oleh Kak Yam(anak tunggal Tok Ba). Alhamdulillah, aku bisa solat dengan sempurna diusia muda. Bisa mengaji dengan lancar sebelum menjejak kaki ke sekolah. Tahu membezakan doa Qunut dan Iftitah. Kenal apa itu dosa dan pahala. Takut bercakap bohong...kerana kata Tok Ba, nanti mati kena potong lidah!. Kadang-kadang aku menjadi rujukan arwah kakak iparku(semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya) dan yang lain-lain di rumah.
Di masjid, lain pulak ceritanya. Aku berdiri bersebelahan kakakku. Sejurus sebelum solat raya bermula, terdengar suara-suara yang meminta aku duduk di hujung barisan. Suara-suara itu membuat aku jadi terpinga-pinga. Apa dah jadi ni?? Apa anak kecil seperti aku tidak boleh solat raya?? "Dia bukan tak tau solat. Dia tau semua!..." tetiba kakakku bersuara. Tapi mereka seakan tidak mahu percaya. Aku ditolak kehujung saf..jauh dari tempat kakakku berdiri. Perasaan tidak puas hati ketika itu, hanya Allah saja yang tahu. Terasa diri "dianiaya."
Banyak orang tua yang solatnya masih belum sempurna...tapi tidak mahu belajar dan malas untuk bertanya. Bersolat hanya seperti melepas batuk ditangga. Sentiasa merasakan ilmunya lebih hebat dari orang muda terutama selepas bergelar Haji atau Hajjah.
Sesuatu yang aku belajar.......Don't judge a book by it's cover!.
No comments:
Post a Comment