Welcome to my blog!

~Great Minds talk about ideas, Average Minds talk about events, Small Minds talk about people~

Wednesday, March 17, 2010

Kita bertanya, Al-Quran menjawab

Oleh: Jeram Pasu Pasir Puteh
Gambar: Cikgu Muna (Umrah 2006)



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12

9 Hidden Reasons for Gaining Weight(dengan terjemahan)

You Need a Nap (Anda Perlukan Tidur Yang Cukup)

Many people eat for energy when they feel fatigued. Being tired leads to lack of mental focus and to “not caring” about a lifestyle plan. People rely on between-meal snacking to wake up, when a power nap is really what’s needed.

Kita biasanya makan untuk mendapatkan tenaga bila badan keletihan. Keletihan boleh menyebabkan kita kurang fokus dan tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Kita banyak bergantung kepada makanan yang kita makan diantara waktu makan untuk berjaga sedangkan kita sebenarnya memerlukan tidur yang cukup.

You're Confusing Healthy with Low-Calorie (Makanan Sihat Tidak Semestinya Berkalori Rendah)

While a first step for healthy eating is to stick with heart-healthy plant fats (like olive oil), all fats -- healthy or not -- still have the same amount of calories: about 120 per tablespoon. Heart-healthy nuts can be a great snack, but choose portion controlled servings since just a small handful has 100 calories.

Langkah pertama untuk pemakanan yang sihat ialah dengan mengekalkan pengambilan lemak tumbuhan yang baik untuk jantung (heart-healthy plant fats) seperti minyak zaitun. Semua lemak tidak kira sihat atau tidak mengandungi kalori yang sama, lebih kurang 120 setiap camca. Kacang-kacang yang baik untuk jantung boleh dijadikan hidangan ringan tetapi pengambilan harus dikawal kerana hanya dengan jumlah yang sedikit boleh mencapai sehingga 100 kalori.

You're on Medication (Anda Mengambil Ubat)
If you’ve started a new medication and feel as though your weight is creeping up, you could be right. Some medications can slow your body’s metabolism and/or stimulate appetite. These include some antidepressants and mood stabilizers, antihistamines, insulin and anti-inflammatory drugs. Check with your doctor to determine whether you can consider switching medication to avoid the side effect of unwanted weight gain.

Pengambilan ubat boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Sesetengah ubat boleh melambatkan metobolisma badan dan menaikkan selera makan. Ini termasuklah ubat untuk mengurangkan stress dan insulin. Periksa dengan doktor anda sama ada anda boleh bertukar kepada ubat yang lain untuk mengelakkan kesan sampingan kenaikkan berat badan ini.

You've Got an Undiagnosed Medical Illness (Anda Ada Penyakit Yang Tersembunyi)

Some medical illnesses are “silent," and can strongly contribute to problems losing weight. Issues with your thyroid (your body’s furnace), elevated blood insulin levels (even without the high blood sugar of diabetes), and mood disorders (depression and anxiety) can all be barriers to successful weight loss. Check with your doctor, and ask for some blood work to be done to help determine if there's a problem.

Ada penyakit yang boleh menjadi penghalang kepada penurunan berat badan. Jumpa doktor dan lakukan ujian darah untuk mengenal pasti jika ada masalah.

You Need Help with Stress Management (Anda Perlu Bantuan Dalam Menguruskan stress)

Mindless eating comes from a lack of focus and poor coping skills with the stressors in our lives. We eat to soothe and reward ourselves, which is only a short-term fix. It’s important to find ways to replace food as a tool to manage stress.

Makan bukan cara yang betul untuk lari dari stress. Amat penting untuk mencari kaedah yang betul untuk mengurangkan stress. Membaca Al-Quran dan bertahajjud adalah antara amalan yang terbukti boleh meredakan stress selain zikrullah. "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang".

You're Skipping Meals (Anda Tinggalkan Waktu Makan)
Whether you’re trying to save time, money or calories, meal-skipping is a big barrier to long-term weight loss. When we skip a meal, biology kicks in and makes us over hungry for the next meal. That’s why meal-skippers overeat later in the day.

Jangan sekali-kali tinggalkan waktu makan. Anda mungkin berasa tersangat lapar dan makan lebih banyak dari biasa pada waktu makan yang berikutnya.

You've Got Portion Distortion (Makan Lebih Dari Yang Sepatutnya)
Even food professionals can’t eyeball correct calories in a serving. Studies show we’re all at least 50 percent below our best estimates. Downsize your portions by using smaller plates and utensils, and be sure to read package serving sizes.

Makan tu biarlah berpada-pada. Ikut sunnah nabi..."makan bila lapar,..berhenti sebelum kenyang". Ambil makanan dengan jumlah kalori yang sepatutnya. Gunakan pinggan, mangkuk atau bekas makanan yang kecil. Baca maklumat saiz hidangan sebelum mengambil apa-apa makanan.


You're Exercising Too Much (Anda Melakukan Aktiviti Riadah Berlebihan)
Rigorous exercise actually stimulates hunger, the body’s response to refuel formetabolic balance. It’s hard-wiring from cavewoman times, and it’s easy to foolourselves into thinking our bodies need hundreds of extra calories to refuel.


Jangan beriadah berlebihan. Nanti boleh tersangat lapar...rasa macam badan perlukan beribu-ribu kalori makanan untuk diisi pulak!


You're Overestimating How Much You Burn (Silap Jangka Jumlah Lemak Yang Dibakar)
We tend to overestimate the calories burned for exercise. It’s easy to think we’ve burned thousands of calories when we’re sweaty. It’s not only duration, but intensity of exercise that counts. Thinking we’ve burned enough calories to compensate for extra food is an easy excuse to overeat.

Jika anda silap jangka jumlah lemak yang dibakar, anda mungkin berfikir yang anda boleh menggantikannya dengan mengambil lebih makanan dari biasa kerana anda menjangka ianya tidak akan memberi kesan. Akibatnya, berat badan anda akan bertambah.

Monday, March 15, 2010

Surah Ar-Rahman - Beautiful and Heart trembling Quran recitation by Syed Sadaqat Ali

Solat Duhaa

Oleh: Ahmad Sanusi Husain

Ruang waktu dan waktu afdal:
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 8 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi)

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya:
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut. Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Doanya:
Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan mengamalkan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Sunday, March 14, 2010

Adab bersahabat

Salam,
Hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yg harus dipilih sebagai teman / rakan.”

Ayat ini mencegah kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah Allah walaupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.

Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dlm memilih sahabat, antaranya:

1) Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2) Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3) Jka engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.

4) Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Dipetik dr buku: INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT

Kesimpulannya, hendaklah kita berhati-hati dalam memilih sahabat. Pilihlah sahabat yang boleh membawa kita dekat dengan Allah...yang boleh bersama-sama kita ketika senang dan susah.

~A great friend is someone who makes your problems their problems just so you don't have to go through them alone~

Jenis-jenis sihir dan cara mengatasinya

Dipetik dari: http://cvtampang.tripod.com/id38.html

SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU


Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,

Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,

Polong : Bagi menghisap darah mangsa

Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6


2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257


3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )


2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )


3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu.

Komen C'gu: Sihir itu merupakan satu ujian dari Allah. Jika tidak ada izin Allah, maka ia tidak akan berlaku. Dan jika ia berlaku, maka bersabarlah. Sesungguhnya Allah tidak pernah menganiaya hamba-Nya. Serahkan saja si pembuat sihir itu kepada Allah. Sesungguhnya pelaku sihir itu di akhirat nanti akan disiksa di dalam api neraka yang paling bawah.



Friday, March 12, 2010

Hijab yang terbuka

"Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. Dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya."(Surah Maryam; ayat 76)


Salam,
Hati manusia bisa berbolak-balik. Terkadang rasa nak buat baik. Terkadang rasa nak buat jahat. Kadang-kadang terserlah sifat yang soleh/solehah. Kadang-kadang terserlah sifat munafiq. Ya Allah, sesungguhnya hamba ciptaan-Mu ini lemah...maka Kau berikanlah kami petunjuk ke jalan-Mu..sentiasa. Kekadang kami merasakan sesuatu itu adalah yang terbaik, tetapi hakikatnya tidak.

"Bismillahirrahmaanirrahim....
"Ya Allah, jauhkanlah diriku dari manusia munafik. Jika ada yang mahu mendekati diriku, maka kau bukakanlah hijab itu agar aku dapat melihat semua yang tersirat di sebalik yang tersurat. Ya Allah, hanya pada-Mu aku sandarkan diri. Terima Kasih Ya Allah akan segala petunjuk yang Kau berikan padaku selama ini....Ya muqolibbal qulub tsabit qolbi.. 'alaa dinnika wa 'alaa tho 'atika.. wa tho'ati Muhammadurasul"...Ameen.

Surah 55 Ar-Rahman - Dengan terjemahan

Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan!??

Thursday, March 11, 2010

Iblis dan api

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir."(Surah Al-Baqarah; ayat 34)

Oleh: NorziatiMR

Pada suatu hari, seorang lelaki menemui Imam Syafie lalu bertanya, “Mengapakah Iblis dicipta daripada api dan kemudian diseksa pula dengan api?” Imam Syafie berfikir sejenak. Kemudian dia mengambil segumpal tanah kering dan mencampakkannya ke arah lelaki itu. Lelaki itu kelihatan marah diperlakukan sedemikian.

Melihat keadaan itu, Imam Syafie bertanya, “Adakah kamu sakit?” Lelaki itu menjawab, “Ya! Saya sakit.” Lantas Imam Syafie pun berkata, “Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah, dan engkau juga akan disakiti dengan tanah.” Lelaki itu terdiam tidak menjawab, tetapi dia telah faham dengan maksud kata-kata Imam Syafie. Begitulah juga dengan keadaan Iblis. Allah menciptanya daripada api dan akan disiksa juga dengan api.

Wednesday, March 10, 2010

Distraction (Gangguan)

"You can't focus if there are so many distractions...so, first focus on eliminating distractions." Ahmad Sanusi

Salam,
Bersetuju benar dengan pendapat ini. Cikgu pun sedang belajar untuk buang gangguan-gangguan nih. Banyak rakan fb dan luar fb dah kena removed sebab mulut dan perangai  tak tahu jaga. Ada lagi dalam senarai menunggu. Lihat saja nanti siapa mangsa yang seterusnya....

Doa (Rahimah Rahim)

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang.” (Quran,Surah Ar-Rad,13:28)

Sahabat sejati dunia akhirat

:“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permintaan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 186)

Sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar satu mukjizat. Nikmatnya hanya mampu dirasa seandainya kita menjadikannya sahabat dunia. Bersahabat dengan manusia,..resamnya datang dan pergi. Bersahabat dengan Al-Quran di dunia, InsyaAllah ia akan bersama kita di akhirat nanti.

Terima kasih Ya Allah....atas anugerah yang terbaik ini. Penenang hati dikala resah gelisah. Penyejuk hati dikala panas membara. Penyelesaian kepada setiap persoalan yang bermain di minda. Aku ku jadi sahabat setianya sehingga ke akhir hayat, InsyaAllah.

"Bismillahirrahmaanirrahim.. Ya muqolibbal qulub tsabit qolbi.. 'alaa dinnika wa 'alaa tho 'atika.. wa tho'ati Muhammadurasul" (Ya Allah, tetapkan hatiku agar sentiasa berada di atas agama-Mu, sentiasa patuh dengan perintah-Mu dan patuh kepada Rasul-Mu Muhammad S.A.W)...Amin.

Tuesday, March 9, 2010

Brisk Walking

Walkers have less incidence of cancer, heart disease, stroke, diabetes and other killer diseases. They live longer and get mental health and spiritual benefits.

Aktiviti baru cikgu selepas kelas bersama anak-anak murid nih! Asyik dok b'yoga dalam rumah...boring la. Yang penat jalan, ikut cikgu dengan basikal je. Oh! Sungguh bahagianya rasa jadi cikgu tuisyen :-)) Namun kebahagiaan ini mungkin tak lama. Bagaimana harus aku berterus-terang dengan mereka?? :-(

Sunday, March 7, 2010

Dadih Segera...

Salam,..di sini ingin aku perturunkan resepinya...
Ramuan: Serbuk dadih (boleh dibeli di pasaraya), susu cair satu tin, gula lebih kurang 150gm dan sedikit garam.





 Cara-caranya: Masak air 3liter hingga mendidih. Kemudian masukkan susu cair dan sedikit garam. Selepas mendidih, padamkan api dan masukkan serbuk dadih dan gula buah (datang bersama sebuk dadih yang dibeli). Kacau hingga larut. Siap!





Kalau nak buat niaga, elok isi dalam bekas ni. Seratus bekas lebih kurang RM13.00.




Sebaik saja siap dimasak, terus tuang ke dalam bekas. Biarkan sejuk seketika, kemudian boleh disimpan di dalam peti sejuk. Dadih ni kegemaran anak-anak murid dan jiran-jiranku. Tak percaya? Tengok gambar di bawah ni..







Ini la gelagat anak-anak murid ku :-)

Selawat Syifa

Salam,
Diturunkan di sini selawat penyembuh sakit. Amalkanlah ketika sakit mahupun sihat.

Asam Pedas Rebus Ikan Keli (versi MSG & belacan free!)

Bahan-Bahan:
Cili yang sudah dikisar(bersama bawang besar dan bawang putih), daun kesum, serai, tomato, bunga kantan dan kacang bendi. Sedikit garam, gula, asam jawa dan asam keping sebagai perasa.

Al Kisah...

Al kisah pada suatu hari, seorang guru perempuan dengan perasannya berkata kepada anak muridnya “nanti cikgu nak pakai ‘contact lens’…yang ada warna punyaaaa….mesti cantik giler!” tanya anak murid, “cikgu nak pakai warna apa??”…jawab guru perempuan tersebut sambil tersipu-sipu…”warna coklat laaaa”…bertanya anak murid lagi dengan perasaan hairan..”...kan mata cikgu dah warna coklat!??” Erk! Kesimpulan: Fitrah manusia…memang tak tahu bersyukur. Jom kita layan lagu ni... ;-)

Saturday, March 6, 2010

Jika aku jatuh CiNtA

Ayat-Ayat CiNtA




Dapatkan Novel Ayat-Ayat CINTA kesukaanku disini...
http://ayatcinta.files.wordpress.com/2008/01/novel_ayat_ayat_cinta.pdf

Zikrullah....ubat penenang jiwa


Aku suka sangat lagu ni... :-)

Erti Sebuah Persahabatan

~Friendship isn't about whom you have known the longest...It's about who came and never left yourside~

Sahabat...kita semua memerlukan sahabat. Sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa bersama-sama kita ketika susah mahupun senang. Sahabat tempat kita meluahkan perasaan...suka,..duka...Namun berapa ramai sahabat sejati yang bisa kita temui? Berapa ramai diantara kita yang benar-benar menghargai erti persahabatan ini??
Berdasarkan pengalaman,..sahabat sejati satu dalam seribu...itupun boleh jumpa jika kita benar-benar bernasib baik! Yang selebihnya yang mencari kita atas niat yang tertentu. Bila tiada orang untuk diajak bicara, kitalah yang dicarinya. Jika masalah datang menimpa, kitalah yang menjadi kaunselornya. Jika kesedihan melanda jiwa,..kitalah yang dicari untuk mendapatkan penawarnya. Jika perasaan terasa sunyi, kita jugalah yang menghiburkannya...walau terkadang kondisi perasaan kita lebih teruk darinya...
"Jika kamu menyenangkan hidup orang, Allah akan menyenangkan hidup kamu. Jika kamu menyenangkan hati orang, Allah akan menyenangkan hati kamu."
Allah benar-benar telah menyenangkan hati hambanya itu,..namun hati itu terkadang terluka juga dek perbuatan sahabatnya. "Umpama kacang lupakan kulit"...itu perumpamaan yang paling sesuai agaknya. "Sahabat Bermusim"...itu gelaran yang paling sesuai baginya. Meninggalkan sahabat apabila kehendak sudah tercapai,...itu bukan sahabat yang baik namanya. Meninggalkan sahabat setelah menemui kebahagiaan,..itu juga bukan sahabat sejati namanya. Manusia memang pandai berlakon,..sehingga terkadang kita tidak sedar akan agenda disebaliknya. Berapa ramai kawan yang sanggup sujud di tengah malam memohon Allah beri kebahagiaan kepada kawan-kawannya??

~A real friend is someone who knows the song in your heart and can sing it back to you when you have forgotten the words~