Salam,..di sini ingin aku perturunkan resepinya...
Ramuan: Serbuk dadih (boleh dibeli di pasaraya), susu cair satu tin, gula lebih kurang 150gm dan sedikit garam.
Cara-caranya: Masak air 3liter hingga mendidih. Kemudian masukkan susu cair dan sedikit garam. Selepas mendidih, padamkan api dan masukkan serbuk dadih dan gula buah (datang bersama sebuk dadih yang dibeli). Kacau hingga larut. Siap!
Kalau nak buat niaga, elok isi dalam bekas ni. Seratus bekas lebih kurang RM13.00.
Sebaik saja siap dimasak, terus tuang ke dalam bekas. Biarkan sejuk seketika, kemudian boleh disimpan di dalam peti sejuk. Dadih ni kegemaran anak-anak murid dan jiran-jiranku. Tak percaya? Tengok gambar di bawah ni..
Ini la gelagat anak-anak murid ku :-)
No comments:
Post a Comment